Kenapa Orang Putih Selalu Cakap “Life Begins At 40?”

Saya masih ingat satu mesej yang masuk ke group we chat cantara kami kawan-kawan lama dan sebaya. “biasa lah.. life begin at 40, kata seorang rakan yang dianjak umurnya ke 40”..

Apa sebenarnya yang ada disebalik angka 40??. Umum mengetahui seorang wanita lebih matang dari lelaki ketika mereka berumur 20 tahun ke atas manakala sebaliknya berlaku apabila beranjak ke siries yang seterusnya.

 Sebenarnya angka 40 ini soal kematangan umur manusia di atas muka bumi.  Kita selalu dengar “life begin at 40” daripada “hidup bermula daripada umur 40” dan orang kita lebih percaya “life begin at 40” daripada mendengar kata-kata “hidup bermula pada umur 40an”. Begitulah melayu yang patuh mendengar kata-kata sarjana barat.

Kalau anda rajin menyelak-nyelak helaian tafsir, pasti anda dapat memahami maksud ini.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “WahaiTuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalsalih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dansesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. –Surah al-Ahqaf 15

 Hujah yang sangat kuat untukmenceritakan “live begin at 40”.. ketika berada di padang futsal, teringat kata seorang sahabat masa bercinta, bertunang, berkahwin adalah fasa hidup yang berbeza. Ketika umur di 40 kita mempunyai segalanya. Cinta.. tunang..harta mahupun anak pinak. Umur 40 ialah umur dimana mereka benar-benar meninggalkan zaman mudanya.

 Juga adalah agak ‘jelek’ bila kita melihat seseorang di usia 40an masih tidak bijak menjaga etika berpakaian.Mereka masih lagi berkaian menjolok mata, skirt pendek tak ingat.. bajunya ketat-seketatnya samaada dia itu artis atau sebaliknya.

 Kita dapat melihat betapa ramainya orang yang berjaya di usia 40. Punya kereta dan pangkat dan segalanya. Kenapa?? Bukan kerana nombo rtetapi kerana kematangan. Dalam satu wawancara antara syed mokhtar al bukhary(koperat melayu yang menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia) ketika ditanya apakah rahsia kejayaannya menjelaskan

 Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

Jelas di sini umur 40 dapatdijadikan sebagai tanda aras kematangan demi memikul tanggung jawab.Rasululullah sendiri di angkat menjadi rasul ketika usia 40 tahun di Gua Hiraoleh jibrail.  Ketika rencana ini ditulis usia saya belum menjangkau 40 tetapi saya tidak mahu menunggu sehingga umur 40untuk memahami erti what they say “ Live Begin at 40”.

Sumber