Penjelasan Hukum Sains Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas

Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.

1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.

2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.

3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.

 

Tahukah anda pemakaian emas oleh golongan lelaki boleh menyebabkan penyakit Alzheimer? Kajian menarik ini mampu membuka mata anda mengapa islam mengharamkan pemakaian barangan berunsur emas oleh lelaki.

Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia.

Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).  Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas? Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui kitaran haid

Itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil. Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua’lam.”