Tips Untuk Isteri Anda Cepat Hamil

Bagi pasangan yang sudah bernikah pastinya tentunya menyimpan impian untuk menimang cahaya mata. Namun tidak semua yang dikurniakan rezeki yang sebaik mendirikan rumah tangga serta melalui pemeriksaan kesihatan untuk memastikan kesuburan masing-masing.

Kadang-kadang ada yang menunggu zuriat sehingga bertahun-tahun lamanya dengan usaha dan ikhtiar yang sudah bermacam cara dilakukan, namun rezeki masih tidak menyebelahi. Sememangnya rezeki dan kurniaan itu bukan di tangan kita, tetapi tidak salah jika berusaha untuk pastikan diri anda dalam keadaan baik untuk hamil.

Disini saya ingin kongsikan cara yang boleh anda amalkan untuk lebih subur dan hamil jika diizinkanNya.

Diet Sihat

Lebih mudah berkata dari melakukannya tetapi ia sebenarnya sangat penting dalam membantu peluang yang cerah untuk mendapatkan anak. Senaman dan diet seimbang membantu tubuh sentiasa dalam keadaan yang baik dan semestinya tubuh akan lebih mudah hamil jika tubuh dalam keadaan yang sihat. Pastikan anda mengambil asid folik yang cukup buat tubuh jika anda mahu hamil secepat mungkin.

Berat yang ideal

Berada pada tahap obese atau kurang berat sebenarnya mengurangkan peluang untuk hamil. Pastikan BMI anda pada tahap 20 hingga 25 jika anda ingin cepat hamil.

Kerap berhubungan intim

Jika anda mengalami masalah sukar untuk hamil, lakukan seks lebih kerap bersama pasangan. Menurut kaji selidik dari Amerika Syarikat, Dr.Mike Smith, pasangan perlu melakukan 104 kali hubungan seks sebelum disahkan hamil. Mungkin ia tidak masuk akal kerana terlalu kerap seks yang perlu dilakukan, namun kebarangkaliannya lebih tinggi untuk hamil.

Nasihat Doktor

Jika sudah bermacam kaedah yang anda lakukan demi mendapatkan zuriat, mungkin tiba masa untuk anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bahkan dengan cara ini doktor mampu memberikan nasihat kesihatan yang baik untuk impian kehamilan anda agar keinginan itu mudah tercapai.

Tingkatkan kesihatan yang baik buat pasangan

Bukan hanya bergantung pada kesihatan yang baik tubuh badan anda, malah suami turut perlu menjaga kesihatan agar mereka boleh memberikan sperma yang sihat dan aktif buat ovum wanita serta meningkatkan peluang untuk hamil.

Posisi Seks yang Betul

Sesetengah posisi seks sebenarnya membantu untuk hamil. Lakukan posisi hubungan intim yang memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum.

Elak Stres

Semestinya dalam mencuba untuk hamil dengan cepat boleh mengundang pada stres. Namun jika tubuh dan minda dalam keadaan tertekan ia akan mengurangkan lagi peluang untuk hamil. Kaji selidik di Universiti Oxford mendapati wanita yang mempunyai enzim stres kurang 12% peluang untuk hamil. Relaks, yoga dan meditasi boleh membantu masalah stres wanita dengan cepat.

Jangka masa untuk positif hamil?

Secara amnya, majoriti pasangan mengambil masa satu tahun untuk positif hamil. Selainnya lebih dari setahun. Wanita muda berpeluang lebih tinggi untuk hamil berbanding wanita yang sudah berusia. Wanita yang beumur dalam lingkungan 20-an mengambil masa empat hingga lima bulan untuk disahkan hamil, manakala wanita yang berusia 30-an mengambil tujuh hingga 10 bulan. Selebihnya mengambil masa 10 hingga 12 bulan jika mencuba.