4 Teknik Ciuman Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

Bercium adalah satu seni yang memainkan peranan penting ketika menggoda pasangan anda, ataupun ketika berasmara. Bercium dengan teknik adalah kunci untuk menentukan sama ada pasangan anda akan puas, atau sebaliknya.

 

teknik-ciuman-rahsia

GAGAL MANFAATKAN SENI BERCIUM

Ramai para suami yang gagal memanfaatkan seni bercium dan seringkali mengabaikan teknik bercium ketika foreplay, mahupun ketika hubungan seks.

Amat rugi sekali kerana jika anda mengetahui teknik ciuman yang tepat, hubungan asmara anda akan menjadi lebih hebat dan asyik.

Teknik ciuman yang betul akan buat hubungan asmara lebih hebat dan asyik

 

 

4 Teknik Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

Di sini saya berikan 4 teknik ciuman rahsia yang boleh anda amalkan untuk membuatkan isteri anda hilang kawalan diri dengan ciuman anda:

 

Teknik Ciuman Rahsia 1 – Kenali Lokasi Hotspot

dca4ac516ad585ee77c6706bfd936235

Apabila membincangkan hotspot, sudah pasti anda terbayangkan bahagian sensitif pada badan isteri anda seperti payudara, faraj, leher dan sebagainya.

Salah! Hotspot yang saya maksudkan di sini ialah bahagian sensitif pada wajah isteri anda. Terdapat tiga bahagian sensitif pada wajah isteri anda boleh anda gunakan sebagai permulaan ciuman.

Bahagian-bahagian ini adalah pada tepi mata, tepi bibir dan belakang cuping telinga.

Jadi sebelum anda menerkam bibir isteri anda, kucup dengan lembut dan menggoda bahagian-bahagian ini. Saya jamin isteri anda sendiri yang akan menerkam bibir anda kerana tidak tahan apabila bahagian-bahagian sensitif pada wajahnya di belai bibir anda.

 

Teknik Ciuman Rahsia 2 – Permainan Menggoda

Bedroom-Tips-Girls-Secretly-Want-a-Guy-to-Do-1

Apabila anda sudah tiba ke bahagian bibir, jangan terus mencium bibir isteri anda berterusan. Sebaliknya kucup sedikit dan tarik bibir anda. Teruskan pada bahagian hotspot yang dibincangkan sebelum ini.

Atau ucapkan kata-kata romantik sebelum mencium semula bibir beliau.Anda juga boleh menjilat lembut bibir isteri anda dengan lidah dan tarik kembali ciuman anda.

Gunakan imaginasi anda untuk menggoda isteri anda dengan permainan ini.

 

Teknik Ciuman Rahsia 3 – Variasikan Ciuman

Foreplay-the-Canadian-Way

Jangan jadikan ciuman anda ciuman yang membosankan isteri anda. Berikan sedikit variasi ketika bercium.

Contohnya satu ketika anda mencium dengan rakus kemudian dengan pantas lembutkan ciuman anda.

Pastikan anda melihat ke mata isteri anda dengan penuh kasih sayang ketika bercium kerana ini akan membuatkan isteri anda ‘cair’.

 

Teknik Ciuman Rahsia 4 – Bukan Sekadar Bibir

couple-sex-foreplay

Ciuman terbaik bukan hanya menggunakan bibir. Untuk melakukan teknik ciuman yang hebat, belajar untuk menggunakan jari, hidung dan nafas anda ketika bercium.

Jari boleh digunakan untuk mengusap pipi, leher atau tubuh isteri anda ketika bercium. Hembusan nafas boleh digunakan pada bibir, telinga dan leher isteri anda untuk memberikan sensasi baru kepada beliau.

Sebagai contoh, basahkan leher isteri anda dengan lidah anda, kemudian hembus dengan lembut pada bahagian tersebut. Lihat reaksi beliau. Jangan terkejut jika beliau mendesah kesedapan hanya dengan hembusan anda.

 

PENUTUP

Saya berharap anda akan mengaplikasi ilmu ini ketika menggoda dan mencium isteri anda. Jika isteri anda menolak ketika anda ingin bersama, gunakan teknik-teknik ini untuk menggoda beliau dan membuatkan beliau tidak sabar-sabar untuk digomol.