7 Tips Merawat Bisul Di Punggung, Ketiak & Kepala


- 18 May 16
View 2,772 : Today 1

Eh jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh.

Advertisement

Manakala nanah yang mengalir dari bisul pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan.

Habis tu takkan nak biarkan saja? Kadang-kadang bisul ini pula timbul di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Atas kepala, celah punggung, ketiak, dalam telinga, hidung, dan sebagainya. Mana selesa kalau dibiar lama-lama!

 

8 Tips Merawat Bisul Di Punggung, Ketiak & Kepala!

1) Tuam Dengan Tuala Panas

petua-hilangkan-sakit-kepala

Petua merawat bisul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada bisul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari.

Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul.

Selain itu, ia menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

 

2) Jangan Sesekali Pecahkan Bisul

maxresdefault (1)

Memang geram tengok nanah yang berkumpul dalam bisul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang nanah.

Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan bisul kering semula.

 

3) Cuci Dengan Sabun Antibakteria

hand-washing-photo

Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah.

Kemudian kesat hingga kering.

 

4) Sapu Krim Antibakteria

Skincare.

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas.

Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

 

5) Jaga Kebersihan Diri

GettyImages-140823850

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atauloofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

 

6) Rawat Luka Dengan Segera

rawatan-bisul-4-1024x538

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

 

7) Elak Duduk Terlalu Lama

cegah-strok-haba-1024x576

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

 

Bisul Akan Cepat Mengecut Dengan Rawatan Yang Betul

karbunkul

Lakukan petua merawat bisul yang mudah ini setiap hari hingga bisul kering sepenuhnya.

Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut.

Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.

Advertisement