Cara Rawat Batuk Dengan Nanas, 5 Kali Lebih Berkesan Berbanding Ubat

Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica” pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema.

Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk.

 

Pineapple-Juice-Recipe-5-Times-More-Effective-than-Cough-Syrup

Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk.

Oleh kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas.

Sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun,madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk).

Kaedahnya sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang batuk.

 

ubat-batuk-semulajadi-0

Cara Rawat Batuk Dengan Nanas: Langkah Demi Langkah

Jom ikuti cara rawat batuk dengan nanas melalui langkah demi langkah yang mudah.

Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia iaitu Nanas Madu, Nanas Sarawak/Paun dan Nanas Moris.

Anda boleh menggunakan yang mana-mana yang senang didapati di tempat anda.

Lebih baik pilih nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara, jadi lebih senang didapati di negara kita.

 

ubat-batuk-semulajadi

1. Kupas Kulit

Mula-mula, buang kulit nanas dan durinya.

 

ubat-batuk-semulajadi-1

2. Potong

Potongkan kiub, supaya senang dikisar dalam ‘blender’ biasa atau ‘fruit processor’.

Bahagian tengah nanas boleh dimasukkan sekali jika mahu kerana bahagian ini turut mempunyai khasiatnya.

Kalau nak, potongkan sedikit bahagian tengahnya dan kisar semuanya bersama.

 

ubat-batuk-semulajadi-2

3. Kisar & Tapis

Pastikan anda mengisar semuanya hingga halus.

 

ubat-batuk-semulajadi-3

Ini hampas nenas setelah ditapis.

ubat-batuk-semulajadi-4

Ini hampas nenas setelah ditapis.

ubat-batuk-semulajadi-5

4. Tapis Sekali Lagi

Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus.

Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk.

 

ubat-batuk-semulajadi-7

5. Simpan Dalam Peti Sejuk

Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk.

 

ubat-batuk-semulajadi-8

6. Campurkan Madu Apabila Mahu Diminum

Siap dimasukkan dalam botol. Ini jus nanas asli, tanpa madu.

Apabila nak beri pada anak, barulah ditambah dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut.

Sinergikan dgn madu supaya ia seimbang. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk.

Nota: Ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya.

 

ubat-batuk-semulajadi-10

Cara Minum & Dosnya

Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan.

Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar di bawah. Untuk kanak-kanak boleh gandakan dosnya.

Untuk dewasa pula, boleh minum 1 cawan jus nenas yang dicampur madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh.

Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.

 

ubat-batuk-semulajadi-9-1

Selamat Mencuba!

Walaupun ia diyakini berkhasiat tinggi, namun keberkesannya juga bergantung kepada penerimaan tubuh individu masing-masing.

Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa.

*Kandungan khasiat terperinci buah ini boleh dirujuk melalui carta yang diterbitkan oleh World’s healthiest Food.”

 

@Via SirapLimau