Asparagus Buang Toksik Dalam Badan


- 30 May 16
View 736 : Today 1
by Photos8.com

Sayuran Asparagus yang biasanya direbus atau dibuat jus kaya kandungan zatnya iaitu Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B6, Kalsium, Magnesium, Protein, Vitamin A, Vitamin K, Tiamin, Riboflavin, Niasin, Zat Besi, Fosfor, Potassium, Tembaga, Mangan, Selenium, dan Serat Alami yang dapat melancarkan sistem pencernaan.

Advertisement

Asparagus juga memiliki kandungan kalori yang rendah, tidak mengandung lemak atau kolesterol, dan memiliki kandungan sodium yang sedikit.

Dalam sayuran asparagus juga banyak terkandung Asid Folik yang dapat membantu memudahkan mendapatkan kehamilan. Selain itu, Asid Folik sangat berguna bagi ibu hamil dan janin, untuk melindungi cacat tulang saraf pada bayi. Mengamalkan asparagus setelah kelahiran juga akan melancarkan pengeluaran air susu Ibu.

roasted-asparagus-dark-blue

Asparagus atau dikenali sebagai ‘asparagus officinalis’ dan berasal daripada keluarga ‘liliaceae’. Ia mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar thyroid, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Asparagus pasti sahaja tidak asing bagi ‘vegetarian’ atau peminat setia sayur-sayuran. Ada yang mengenalinya sebagai tanaman herba yang memliki ketinggian 100-150 cm juga tidak mengeluarkan bunga.

 

Asparagus Buang Toksik Dalam Badan

Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat sakit buah pinggang. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Untuk pengetahuan, jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ‘eczema’ dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

 

@via aynorablogs.com

Advertisement