4 Ciri-ciri Mengetahui Kualiti Air Mani

Risau tentang kepekatan air mani anda, adakah ia mempengaruhi kualiti dan bilangan sperma, tangapan tersebut mitos semata-mata. Kadar kualiti air mani tersebut hanya boleh diketahui dengan dengan ujian makmal secara berkala sahaja.

Advertisement

Bagaimana mengenal pasti kualiti air mani anda. 4 ciri-ciri air mani yang berkualiti.

  1. Isipadu Air Mani – lazimnya antara 2 hingga 5 ml. Jika isipadu air mani terlalu sedikit, secara logiknya jumlah keseluruhan sperma di dalamnya juga sedikit sahaja.
  2. Bilangan Sperma – lazimnya melebihi 20 juta ekor bagi setiap mililiter air mani. Kadangkala doktor menggunakan istilah ‘kepekatan’ air mani bagi tujuan memudahkan pemahaman pesakit walupun sebenarnya ia bermaksud bilangan sperma.
  3. Mutu Pergerakan Sperma – lazimnya lebih 50% sperma yang bergerak. Tahap pergerakan juga turut dinilai seperti pergerakan laju ke hadapan dan seumpamanya.
  4. Bentuk  Sperma – lazimnya lebih 50% seperma berbentuk normal. Ada sperma yang ‘cacat’ misalnya mempunayai 2 kepala.

Kesimpulannya, air mani yang elok mempunyai isipadu di antara 2 hingga 5 ml, bilangan sperma melebihi 20 juta/setiap ml isipadu air mani, serta lebih 50% spermanya mempunyai pergerakan dan lebih 50% spermanya berbentuk normal.

Advertisement