Khasiat Janggut Suami Terhadap Kesuburan Isteri

Dengan menyimpan janggut lelaki tampil lebih maskulin dan segak. Malah kebanyakan sudah mengetahui memelihara janggut adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah juga ada bersabda tentang dalam menyimpan janggut.

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوا اللِّحَى

Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah kumis dan biarkanlah janggut.

Disebalik dari sunnah rasulullah ada rahsia dari penyimpanan janggut tersebut dalam membantu memberi kesuburan pada isteri. Ini dibuktikan dalam satu kajjian yang dibuat oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika yang berjudul “The Amazing Fact of Human Body”mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Kajian ini telah didedah oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah.

Hanya melalui sentuhan. Kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.misai

Merupakan faktor kesuburan untuk mendapatkan zuriat (anak). Dari segi saintifik, janggut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang dapat meningkatkan kesuburan wanita.

Untuk para isteri : Rebutlah peluang ini. Celik mata dari tidur jangan terus bangun. Tengok muka suami usap janggut dia dari dagu sampai ke hujung.