Isteri Terlebih Asid Folik Tingkatkan Risiko Autisme

Sejak dahulu wanita hamil disarankan doktor untuk mengambil suplemen vitamin dengan asid folik untuk mencegah kecacatan kelahiran.

Namun kajian terbaru yang didapati baru-baru ini mungkin memerlukan para ibu berfikir kembali.

Memetik laporan akhbar Berita Harian baru-baru ini, kajian baharu itu mencadangkan terlalu banyak asid itu meningkatkan risiko autisme.

Penemuan itu dibentangkan dalam satu persidangan di Baltimore, Maryland dan masih belum diterbitkan atau diteliti pakar lain, justeru penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam John Hopkins Bloomberg mengingatkan hasil kajian itu ditafsirkan secara berhati-hati.

“Ini mungkin kes mengambil terlalu banyak suplemen,” kata penulis utama, Ramkripa Raghavan, seorang penyelidik di fakulti itu.

“Kita maklumkan wanita patut ambil asid folik awal ketika mengandung. Sekarang kita perlu menentukan sama ada perlu menetapkan cadangan dos optimum suplemen ini sepanjang mengandung.”