Kehidupan Penggeledah Sampah Di Indonesia Yang Menginsafkan


- 7 Jun 16
View 550 : Today 1

Selamat datang ke Bantar Gebang, tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, Bantar Gebang, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula untuk menyara hidup.

Advertisement

Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah (scavenger) bukanlah mudah dan tidak lumayan.

Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000). Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. Jika bernasib baik, mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja.

Akibat terlalu daif, ada di antara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut.

Selain dari mengitar semula sampah, mereka juga kadang kala terjumpa mayat orang. Kebanyakkan di antara mereka beragama Islam dan walaupun pekerjaan ini dianggap kotor, mereka tak lupa solat jemaah.

 

indostrahs_01

Advertisement