4 Tips Keluarga Bahagia Di Bulan Ramadhan

TIPS KELUARGA BAHAGIA DI BULAN RAMADHAN

1. Bangun awal bantu isteri tersayang siapkan juadah untuk sahur dan berbuka

2. Isteri nak kena kejutkan anak2, ada yang kena kejut berkali kali baru nak bangun, si suami pun sama, liat. Tetapkan niat untuk bangun awal

3. Jangan complain makanan isteri walaupun kurang sedap. Isteri dah bangun awal siapkan makanan dan kadang2 dia pun nak solat tahajjud tapi terpaksa korbankan demi keluarga. Bukan setakat sahur, lepas ramadhan pun solat subuh rushing sebab nak siapkan anak2. Bukan sehari dua tetapi bertahun tahun rutin isteri macam tu. So bagi ruang, puji makanan isteri dan bagi isteri solat tahajjud kejap kalau ada masa

4. Lepas makan sahur, tolong basuhkan pinggan walaupun si isteri akan berkata, “tinggal ja nanti mama basuhkan.” Yang si anak pun tolonglah basuh pinggan dan kemas meja, kadang2 ada mak yang sakit lutut, sedikit sebanyak boleh kurangkan beban mak kita. Pahala pun dapat

Niat puasa dan selamat bersahur

Cerita asal dari Ustaz Ebit Lew

dari FB : Hamzi Marzuku