5 Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan Lelaki


- 21 Jun 16
View 3,502 : Today 1

Tidak ramai lelaki yang mengetahui tentang kelebihan pengambilan buah-buahan dalam rutin makanan harian mereka terhadap tubuh badan mereka.

Advertisement

Seperti wanita, lelaki juga penting mengambil buah-buahan dalam permakanan mereka bagi membantu melengkapi keperluan nutrien tubuh badan mereka.

Terdapat beberapa buah yang amat digalakan lelaki untuk mengambilnya.

1. BERI HITAM

Beri-Hitam-Bagus-Untuk-Kesihatan

Strawberi dan beri hitam merupakan antara buah yang termasuk dalam kelompok keluarga buah beri yang tinggi kandungan fiber. Pengambilan buah ini dalam kehidupan seharian membekalkan potassium, vitamin C, vitamin K dan nutrien untuk kesihatan mata. Lelaki digalakkan memakan buah ini kerana kandungan vitamin K yang ada di dalamnya membantu melindungi mereka daripada di serang kanser prostat.

 

2. TEMBIKAI

buah-tembikai

Kandungan air yang terdapat dalam buah ini mampu mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi dan menambah cecair di dalam badan. Bagi yang sering mengalami masalah kulit kering disarankan memakan buah tembikai bagi mendapatkan kesan lebih baik kepada kulit. Antara khasiat yang diperoleh daripada tembikai ialah vitamin A, vitamin B6 dan B1, potassium dan magnesium.

 

3. BETIK

betik

Amat digalakkan untuk pesakit radang sendi kerana enzim protein-digesting yang terkandung dalam betik mengurangkan radang dalam badan. Khasiat vitamin A, vitamin E dan vitamin C yang dimiliki memenuhi 300 peratus keperluan tubuh badan setiap hari di samping berupaya mengelakkan oksida dalam kolekstrol seperti yang dialami pesakit jantung.

 

4. NANAS

9-manfaat-nanas-yang-terlupakan

Sangat bernutrien tinggi bagi meningkatkan biotin atau vitamin H, tiamina dan asid di dalam badan. Vitamin C, vitamin B1 dan fiber adalah khasiat yang terkandung dalam nanas. Di samping meningkatkan sistem imuniasi dan tenaga, ia turut menggalakkan kelenjar tiroid yang sihat.

 

5. PISANG

271157-bananas

Bekalan tenaga untuk tubuh badan yang kebiasaannya diambil bagi menggantikan nasi. Atlet sukan gemar menikmati buah ini yang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Ia juga kaya dengan vitamin B (riboflavin dan potassium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron

Advertisement