Tips Untuk Menjadikan Anak Pintar

Sudah menjadi impian setiap ibu bapa inginkan zuriat mereka cerdik. Tapi tahukah anda untuk mendapatkan anak pintar penjanggaan atau didikan harus diatur dengan cara yang betul sejak dari kandungan lagi. Pemerhatian sepenuhnya dari kedua ibu bapa amatlah memainkan peranan paling penting. Antara tips untuk mendapatkan anak yang pintar

Pemberian nama yang baik

Dari nama yang membawa maksud yang baik adalah salah satu aspek membantu untuk anak ke arah yang positif dan bijak. Kerana makna nama yang baik akan menjadi doa pada bayi. Dan ia sepatutnya bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Selalulah berkomunikasi dengan mengusap perut memanggil namanya dan mendoakan yang baik dari dalam kandungan lagi.

BlogBabyTalk

Peranan sentuhan ayah terhadap bayi

Ketahui peranan sentuhan komunikasi ayah juga memainkan peranan penting dalam mendoakan yang terbaik untuk bayi sejak dalam kandungan lagi. Bagi yang islam membacakan ayat-ayat al-quran sambil menyentuh perut isteri adalah salah satu penyampaian yang postif kepda bayi. Bukan tugas ibu mengandung saja. Tetapi bagi yang bukan islam anda boleh mengunakan method untuk menyampaikan cerita-cerita yang positif yang anda unsur nasihat atau ilmiah kepadanya.

Nutrisi-Penting-Yang-Dibutuhkan-Balita

Keperluan nutrisi

Pengambilan makanan berkhasiat semasa hamil adalah untuk memberikan keperluan nutrisi yang secukupnya terhadap bayi. Nutrisi yang cukup memainkan peranan dalah pembesaran bayi yang baik. Malah sumbernya juga harus dari sumber-sumber yang baik dan halal.

Penerimaan yang ikhlas.

Menerima dengan ikhlas kedatangan orang baru juga memain peranan penting dalam mendapatkan anak yang cerdik. kerana ia berkait rapat dengan emosi bayi tersebut.

Walaupun ia tidak disampaikan dengan kata-kata tetapi ia ada hubung rapat dengan hati. Walaupun rungutan kecil untuk mengahadapi kos kehidupan bayi tersebut.

Allah sudah janjikan rezeki setiap insan di muka bumi ini allah akan aturkan. Maka percayalah bahawa bayi tersebut ada rezekinya juga.