Tips Fesyen Untuk Lelaki Kurus

Memang tidak dinafikan, bagi lelaki yang memiliki susuk tubuh kurus dilihat lebih mudah mengayakan atau berfesyen kerana golongan ini senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya.

Tetapi jika terlalu kurus, ia seperti mendatangkan masalah pula, jangan pula dihairankan jika golongan seperti ini dilihat lebih cerewet dalam memilih pakaian Disertakan adalah beberapa tips untuk jejaka diluar sana yang berbadan kurus untuk kelihatan kemas dan maskulin dengan fesyen gaya santai berdasarkan beberapa tinjauan perspektif di sekeliling

 

1) Jangan Pakai Yang Terlalu Ketat (FIT)

2016-spring-male-lapel-pure-color-long-sleeve-Casual-shirts-Man-Korea-slim-tight-cotton-formal

Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, memang si pemakai akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, anda akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” anda juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita

 

2) Pilih Pakaian Berwarna Putih Disamping Grafik Warna Atau Corak 

ae50e12788d255557705ad57e323fb96

Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat anda kelihatan sedikit berisi

 

3) Elakkan Pakai Baju Leher V Atau Bulat

sku_227058_1

Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher jenjang atau panjang, justeru itu elakkan memakai t-shirt berleher v atau bulat kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap

 

4) Seluar Jeans

skinny_1-227x300

Mengenai seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya.

 

5) Gayaan Rambut

fesyen-rambut-spikey-lelaki

Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”