Kenal Pasti Kasut Anda

 

Zaman sekarang ni bukan orang perempuan sahaja yang membuat koleksi kasut, tetapi lalaki juga ada menpuanyai kegilaan dalam membuat koleksi kasut mereka. Dari kasut sukan, kerja, sehingga santai, ada dari setiap jenama polo, adidas, nike, dan pelbagai lagi. Tapi bukan sekadar beli, anda haruslah membeli mengikut kesesuaiannya. beberapa pekara penting harus dititik beratkan sebelum membeli kasut.

CillnWYUkAEhAvL

Kenali tapak kaki anda.

Sebelum mula mencari kasut yang sesuai, cuba untuk kenal pasti jenis tapak kaki anda. Harus di ingatkan ya, Jenis Tapak Kaki Manusia adalah berbeza dan tidak sama ya!

measure-your-foot-length-shoeever.com-02

Ukur kaki anda dengan kerap.

Lupakan pasal mitos mengenai saiz kaki manusia tidak akan berubah apabila dewasa! Saiz kaki manusia berubah seiring dengan peningkatan usia! Oleh yang demikian , ukur saiz kaki kita sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Perlu diketahui juga,Saiz Kaki Uk adalah berbeza dengan Saiz Kaki Euro. Jadi kenal pasti saiz kaki anda terlebih dahulu.

Jangan terlalu ketat

Jangan sesekali membeli kasut yang memenuhi segenap ruang kaki anda! Pilihlah kasut yang sedikit besar kepada kaki kita. Beri ruang untuk kaki kita bernafas! Perlu diingatkan, aktiviti jogging adalah suatu aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih daripada kaki. Jangan nanti badan sihat, kaki pula bengkak-bengkak!

Pakai stoking!

Kelebihan Pakai Stokin ketika berjogging adalah, ianya mampu mengelakkan kaki kita daripada luka yang mungkin terhasil daripada geseran diantara kaki dan kasut. Pemilihan stoking yang betul juga memainkan peranan yang penting di dalam melindungi kaki kita daripada melecet!