9 Cara Untuk Anda Ketahui Jika Lelaki Itu Masih Teruna Atau Tidak


- 3 Jan 17
View 6,864 : Today 16

Kebiasaannya hanya wanita yang seringkali dikaitkan dengan “masih dara atau tidak?”, ini kerana ramai yang menggangap dara atau perawan sangat penting bagi menunjukkan kesucian seorang wanita sebelum berumahtangga.

Dara juga mudah untuk dikesan semasa bersama dimalam pertama perkahwinan, ini kerana wanita yang masih dara berasa sedikit gugup dan bakal menangis kesakitan disaat proses “pecah dara” akibat penetrasi zakar suami.

Advertisement

Namun begitu bagaimana pula untuk mengetahui jika suami punyai tanda-tanda sudah hilang teruna?

Usah gusar wahai para wanita, kerana kita akan bongkarkan rahsia terbesar untuk mengesan seseorang lelaki samada masih teruna atau tidak:

  1. Lelaki teruna sikapnya lebih cenderung kepada suka mencuri pandang perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna kerana mereka ini lebih gemar untuk melihat hanya pada bentuk tubuh wanita.
  2. Lelaki teruna ini akan segera mengalihkan pandangan apabila bertentangan mata dengan wanita yang cantik manakala lelaki yang tak teruna ini pula lebih bijak untuk mengekalkan pandangan ketika bertentangan mata.
  3. Lelaki teruna ternyata akan lebih menunduk apabila dipandang oleh wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk menutup senyum) berbanding dengan lelaki yang tak teruna hanya menunjukkan reaksi bersahaja.
  4. Lelaki teruna akan berasa malu untuk membuka mulut ketika makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Malahan lelaki teruna juga akan berlagak seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
  5. Lelaki teruna pula jantungnya akan berdegup dengan kencang terutamanya apabila mendapati ada wanita cantik menyukainya berbanding lelaki yang tidak teruna kerana mereka akan lebih bersahaja tanpa sebarang reaksi.
  6. Lelaki teruna juga kadangkala sangat membosankan apabila sedang bercinta. Ini kerana gayanya yang agak “polos” dan kaku ketika bersama pasangan. Tapi mereka juga akan sering berlagak untuk menarik hati pasangan.
  7. Lelaki teruna juga sudah semestinya akan sanggup untuk menghabiskan banyak wang untuk membahagiakan pasangannya dengan tujuan untuk menambat hati pasangan secara berterusan.
  8. Lelaki teruna juga kadangkala terlalu sensitif. Mereka akan sering bersusah payah untuk menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan berasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  9. Lelaki teruna juga sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan bahawa tiada yang secantik pasangannya. Mereka bukan sahaja bercerita dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan malah dengan keluarganya juga.

Semoga perkongsian di atas akan bermanfaat pada para wanita dan juga untuk pencerahan buat kaum lelaki juga, bagaimana pun bukanlah 100% teman lelaki anda sudah hilang teruna kerana pernah berzina. Ini kerana selain melakukan hubungan seks, kemungkinan lelaki yang kuat beronani juga boleh dikira hilang teruna bukan?

Advertisement