Benarkah Kuaci Boleh Membantu Menghalang Ketagihan Onani?

Ketagihan terhadap aktiviti beronani merupakan suatu masalah kesihatan dan secara umumnya diketahui akan meninggalkan kesan buruk kepada fizikal dan mental seseorang dalam jangkamasa panjang.

Masalah-masalah berkaitan seperti mati pucuk, kekurangan jumlah sperma dan mudah tewas adalah merupakan antara masalah kesihatan yang berpunca daripada aktiviti onani secara keterlaluan.

Bukan sahaja itu, aktiviti beronani ini akan menyebabkan anda sukar untuk berasa puas apabila bersama dengan pasangan kerana anda lebih selesa melakukannya secara solo dan ini akan merumitkan perhubungan anda dan isteri.

Pelbagai pendekatan yang dapat membantu mengurangkan keinginan beronani antaranya dengan menyibukkan diri dengan aktiviti harian seperti melakukan senaman yoga, membaca buku serta mengemas rumah.

Namun begitu, laporan jurnal kesihatan Ayurvedic Remedies, mendapati amalan pengambilan makanan tertentu juga mampu untuk menghindari otak dan tubuh daripada ketagihan keinginan seksual itu.

Biji bunga matahari atau lebih dikenali umum sebagai kuaci dipercayai dapat mengatasi hasrat beronani secara berlebihan. Ia mengandungi magnesium yang diketahui dapat memberi kesan tenang kepada otak.

Justeru itu, dengan menenangkan otak yang sedang bergelora akibat nafsu seksual tadi, maka keinginan anda untuk beronani tadi akan segera pudar dan seterusnya anda akan menghentikan niat anda untuk berbuat demikian.

Kuaci juga mudah didapati di mana-mana pasaraya atau kedai kuncit – sekaligus boleh memudahkan lelaki di luar sana untuk mendapatkannya sebagai salah satu penawar untuk menyembuhkan ketagihan tersebut.

“Kacang tanah juga adalah antara makanan yang dapat membantu mengatasi masalah ketagihan beronani,” kata salah seorang penulisnya, Peter Filinovich.

Walaupun tiada kemungkinan seseorang lelaki itu akan terus berhenti dari melakukan aktiviti terkutuk itu, namun sekurang-kurangnya ia mampu untuk mengatasi mereka dari melakukannya secara berlebihan sehingga memudaratkan diri.

Oleh itu amalkan pemakanan kuaci jika anda jenis mempunyai keinginan kuat untuk melakukan onani. Semoga perkongsian ini diharapkan dapat membantu anda untuk menangani masalah tersebut dengan serta-merta.