Sex

Inilah Dia 5 Manfaat Sebenar Seks Untuk Kesihatan Lelaki

View 2,173 : Today 1

Penyelidikan baru mengatakan bahawa lelaki yang sering mencapai orgasma dapat menghindarkan diri dari risiko barah prostat. Meskipun kajian belum dapat menjelaskan kaitan di antara keduanya, mereka berharap bahawa kajian ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Menurut teori perubatan ini, ejakulasi yang dilakukan secara teratur, dapat ‘membilas’ penyebab barah tertentu. Juga, menggalakkan sel-sel baru dihasilkan setelah sperma diejakulasi, di samping itu sel tua dan sel-sel barah juga dapat dikeluarkan.

Berikut adalah manfaat lain dari kemuncak seksual yang berjaya didapati oleh pakar dari pemerhatian tersebut.

1. Meringankan tekanan

Sekarang terdapat bukti yang mengatakan bahawa orgasme boleh membantu dalam proses menghilangkan tekanan dan membuatkan anda merasa santai dan lebih tenang. Perhubungan seks telah membebaskan hormon-hormon yang membuatkan kita berasa selesa.

2. Meningkatkan fokus

Ketika selesai berhubungan seks dan mencapai orgasma, anda akan memiliki fokus yang lebih baik pada pekerjaan anda. Ini berlaku kerana bahagian kognitif minda anda telah mendapatkan dorongan setelah berhubungan seks.

3. Sebagai penawar insomnia

Ada cukup bukti yang mengatakan lelaki lebih cenderung untuk memiliki waktu tidur yang lebih baik setelah berhubungan seks. Insomnia menyebabkan banyak masalah kesihatan, lelaki kini dapat mengandaikan dengan cara ini ia lebih memudahkan mereka untuk mendapatkan tidur.

4. Pembunuh rasa sakit

Penyelidikan lain mengatakan bahawa kemuncak seksual juga dapat bertindak seperti pembunuh rasa sakit. Pada kenyataannya, kebanyakan mereka yang menderita penyakit arthritis juga akan merasa lega untuk beberapa waktu setelah orgasme.

5. Memanjangkan hayat seseorang lelaki

Banyak penelitian telah membuktikan bahawa kehidupan seksual yang aktif dapat membantu dalam proses memanjangkan umur lelaki. Lelaki dengan sistem reproduksi yang aktif lebih cenderung untuk memiliki hayat yang lebih lama dan lebih sihat.

Dengan itu maka anda dan pasangan sudah boleh mulai memjalani kehidupan seks yang aktif dan sihat untuk tujuan menghalang diri anda dari menghidapi barah prostat. Dengan manfaat yang didapati ternyata seks benar-benar memberikan kesihatan yang baik buat kaum lelaki. Selain memberikan kepuasan malah kesihatan juga dapat dijaga!

Click to comment
To Top