Hubungan Seks Yang Teratur Boleh Bantu Turunkan Risiko Mati Pucuk

_MG_5330.jpg

Berhubungan seks  secara teratur tak hanya akan mempengaruhi keintiman dalam perhubungan anda dan pasangan, tetapi ia juga mampu untuk menurunkan kemungkinan risiko mati pucuk, yang sering menjadi masalah untuk sebahagian besar kaum Adam.

Pakar Urologi, Dr. Nouval, Sp.U,Ph.D dari RS Premier Jatinegara mengatakan bahawa pada peringkat pertengahan usia, ramai lelaki yang mengalami penurunan tahap testosteron yang kemudiannya bakal mempengaruhi ghairah seksualnya.

Akibatnya sebahagian besar kaum lelaki dari kelompok usia tersebut didapati sudah begitu jarang melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka dan menyebabkan berlakunya masalah persefahaman antara mereka.

“Kalau anda jarang berhubungan seks maka aliran darah ke jaringan salur zakar akan mulai berkurangan sehingga amat mudah sekali untuk anda terkena mati pucuk,” ujarnya pada pertemuan dengan media yang bertajuk ‘Menangani Mati Pucuk dengan Metode ESST’ di Jakarta, Selasa (23/2/2016).

Disebabkan itu, menurutnya, WHO mengeluarkan cadangan agar lelaki berhubungan seks paling minimum seminggu dua kali untuk menurunkan risiko mati pucuk. Namun begitu, jika dilakukan secara teratur, berhubungan seks minimum seminggu sekali tetap boleh membantu untuk menurunkan risiko mati pucuk.

Amalkan kehidupan seks yang sihat dengan pasangan juga boleh membantu anda berdua merancang perhubungan seks dengan teratur.

Kebiasaannya, perkara ini sukar untuk dicapai kerana kekangan masa untuk pasangan itu bersama – berbincang dan merancang perhubungan seks mereka. Kadangkala faktor keletihan juga boleh membantutkan usaha tersebut.

Apa yang boleh untuk anda lakukan bersama pasangan adalah mewujudkan jadual masa untuk anda berdua bagi memudahkan anda mencuri masa yang sesuai untuk anda berdua menghabiskan masa bersama.

Perancangan yang sempurna ini juga boleh membawa kepada kehidupan seks yang sempurna dan sihat. Sebaik-baiknya rancanglah sekurang-kurangnya seminggu dua kali masa untuk anda bersama pasangan tanpa gangguan sesiapa.

“Dengan menjadikan seks yang teratur ini suatu kebiasaan ia akan berupaya untuk membantu anda dalam usaha pencegahan agar dihindarkan dari masalah mati pucuk,” menurutnya lagi.

Oleh itu janganlah lepaskan peluang untuk anda mengekalkan kesihatan sistem reproduksi anda dengan mengamalkan seks yang teratur kerana ia boleh membantu menjamin kehidupan seks yang lebih sejahtera dan sihat.