Manfaat Utama Seks Oral Bagi Lelaki Dan Perempuan


- 4 Jan 17
View 6,086 : Today 1

Seks oral adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk merangsang pasangannya agar mencapai orgasme yang sempurna sebelum menuju ke ‘pertempuran’ yang menjadi medan kepuasan utama.

Advertisement

Rangsangan-rangsangan yang dilakukan di titik-titik organ intim ini secara umumnya sangat disukai oleh lelaki mahupun perempuan.

Namun tahukah anda, bahawa oral seks tidak hanya menyenangkan tetapi juga mempunyai manfaat kesihatan baik samada bagi lelaki mahupun perempuan?

Ayuh, mari kita selusuri lebih jauh tentang kajian dari Medical Daily mengenai manfaat dari seks oral ini.

1. Hindari Lelaki Dari Curang

Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Evolutionary Psychology menemukan bukti bahawa salah satu alasan utama lelaki melakukan seks oral pada pasangannya adalah untuk mengurangi kemungkinan berlaku kecurangan.

Teori ini disebut sebagai “mate-retention strategy”. Strategi ini bertujuan untuk mengurangi kemungkinan berlaku kecurangan dengan meningkatkan kepuasan hubungan seks dengan pasangan. Lelaki cenderung melakukan seks oral karena itu memuaskan dan sangat menarik.

2. Meningkatkan Kesehatan Jantung bagi Perempuan

Perempuan yang melakukan seks oral juga ditemui memiliki risiko yang lebih rendah dari preeklamsia – iaitu tekanan darah tinggi pada ibu hamil dan kelebihan kadar protein dalam urine.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Reproductive Immunology menemukan bahawa dengan menelan air mani (semen) dapat membantu menurunkan tekanan darah bagi perempuan yang juga mampu mengurangi risiko ketika kehamilan.

“Penelitian ini menunjukkan bahawa seks oral dan menelan sperma berfungsi dengan mengurangkan berlakunya kejadian preeklamsia,” menurut beberapa penulis dari Belanda.

3. Hubungan Seks Semakin Ghairah

Menurut NetDoctor, seks oral mampu untuk menjadi cara yang tepat untuk merangsang perempuan sebelum mencapai klimaksnya. Sensasi atau kepuasan yang serupa juga dialami oleh lelaki. Bagi lelaki, seks oral adalah sangat bermanfaat untuk membantunya mencapai ereksi yang maksima.

Menerusi manfaat yang didapati daripada seks oral di atas, maka anda bolehlah mengaplikasikannya di dalam perhubungan seks anda. Ia juga boleh membantu anda untuk sama-sama mendapatkan manfaat daripada kelebihan yang didapati menerusi seks oral.

Jadi, anda dan pasangan tak perlu untuk meragui lagi untuk bereksperimen dengan berbagai teknik seks oral. Di jamin ia bukan hanya akan membuatkan ‘pertempuran’ di ranjang kian hangat, malahan manfaat yang baik juga akan dapat diperolehi.

Advertisement