Lelaki Dengan Tubuh Berotot Berisiko Rendah Terkena Penyakit Jantung


- 4 Jan 17
View 265 : Today 1

Ramai perempuan yang sangat menyukai bentuk tubuh lelaki yang berotot lengkap dengan perut sixpack. Bentuk tubuh lelaki seperti ini bukan hanya dinilai seksi dan macho untuk pandangan mata, tetapi juga mereka nampak lebih sihat

Advertisement

Lagipun siapa yang tidak mengidamkan untuk mendapatkan tubuh seperti itu kerana lelaki yang memiliki tubuh seperti ini nampak cergas dan gagah pada pandangan mata wanita – seolah-olah mereka boleh menempuh segala halangan untuk bersama dengan pasangan.

Anggapan ini ternyata ada benarnya walaupun ramai yang masih belum mengetahuinya secara terperinci! Sebuah kajian terkini mendapati bahawa lelaki yang memiliki susuk lengan dan kaki yang berotot, dan sedikit lemak di perut bisa menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 68 peratus.

Hey, itu adalah suatu penurunan yang besar! Memang gerenti anda akan kekal sihat tanpa lemak yang terkandung di dalam perut anda. Ini bermaksud anda hanya mempunyai 20 peratus atau tiada langsung kemungkinan untuk mendapatkan penyakit jantung!

Peneliti dari University of California, Los Angeles Amerika Syarikat seperti yang dipetik dari majalah Men’s Health juga ada mengatakan bahawa dengan adanya otot di dalam tubuh boleh meningkatkan fungsi insulin yang lebih baik.

Keadaan ini tentu saja  boleh melambatkan gangguan pada fungsi jantung dan mengurangkan risiko anda untuk mengalami masalah jantung. Ia juga memberikan peluang yang cerah kepada anda untuk memiliki jantung yang sihat.

Selain itu, lelaki yang memiliki tubuh yang berotot juga cenderung memiliki berat badan yang lebih sihat. Ini tentu saja akan memengaruhi untuk memiliki kesihatan jantung yang lebih baik.

Penemuan yang serupa juga didapati pada kajian yang dilakukan oleh Mayo Clinic. Kajian ini mendapati bahawa orang yang memiliki masalah obesiti atau berat badan yang berlebihan lebih cenderung untuk menghidapi serangan jantung 3,6 tahun lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan sihat.

Sementara itu, orang yang mempunyai masalah obesiti pula lebih cenderung untuk mengalami serangan jantung beberapa tahun lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan normal.

Jadi rumusannya adalah pengamalan gaya hidup sihat adalah perlu untuk semua orang terutama kaum lelaki. Menjadi cergas untuk bukan semata-mata untuk tayang badan depan orang ramai tetapi ia membantu membebaskan tubuh anda dari sebarang risiko penyakit.

Selain itu ia juga boleh membantu anda untuk menjimatkan wang daripada membayar untuk rawatan doktor – kerana penjagaan kesihatan sebegini lebih murah dan memberikan lebih manfaat untuk jangkamasa panjang.

Advertisement