5 Manfaat Dan Kesan Positif Air Mani Kepada Kesihatan Menurut Sains

Apakah yang akan muncul di fikiran anda jika kita bercerita berkenaan sperma? Selain daripada membuat bayi, ada banyak lagi kebaikan sperma yang sebenarnya kita tak pernah tahu. Ramai yang beranggapan air mani itu suatu perkara yang menjijikkan bagi mereka.

Air mani ini sebenarnya mengandungi pelbagai nutrisi yang dikeluarkan oleh tubuh lelaki dan ia boleh memberikan banyak manfaat terutamanya kepada kaum wanita. Ada yang mengaitkannya sebagai bahan untuk menghindari tekanan dan kemurungan.

Di sini kita akan senaraikan 5 manfaat dan kesan cecair ini kepada kesihatan tubuh badan anda dan pasangan secara umumnya.

1. Merupakan bahan semula jadi yang mencegah kemurungan

Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai yang tidak terfikir bahawa ia mempunyai kaitan dengan air mani. Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

2. Membantu untuk tidur lebih baik

Air mani juga mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan rileks. Sama ada anda menelannya, ataupun menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur yang lain.

3. Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

Walaupun jumlah setiap vitamin yang dihasilkan adalah berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, kebiasaannya ia mesti akan mempunyai jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu untuk melambatkan proses penuaan. Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.

4. Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa menelan air mani secara konsisten juga mampu untuk menurunkan tekanan darah. Wanita yang menelan sperma pasangan lelaki mereka semasa seks oral juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami komplikasi semasa mengandung yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

5. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Kekerapan ejakulasi sperma juga mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat. Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga seringkali dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma membantu dalam proses tersebut.

Jadi anda tidak perlulah untuk merasa jijik lagi dengan air mani lelaki kerana dalam kta tidak sedar terdapat banyak manfaatnya di dalam kehidupan seharian kita. Bahkan ia bukanlah sesuatu yang kotor malah kaya dengan nutrisi berguna untuk membantu mencegah kemurungan.

Meskipun sperma dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan anda, namun masih ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda mengadakan hubungan seks dengan pasangan seperti risiko penyakit STD dan kehamilan. Jadi anda kenalah beringat sebelum terkena!