5 Fakta Tentang Stamina? Adakah Anda Sudi Untuk Mendengarnya?


- 5 Jan 17
View 1,918 : Today 1

Kita sering mendengar mengenai istilah stamina, tak pancit, fit dan sebagainya. Semua orang tentu tahu apakah itu stamina yang sebenarnya, dan di mana terletaknya stamina seseorang.

Kita juga telah didedahkan dengan istilah stamina sejak kita mengenal matapelajaran Pendidikan Jasmani ketika berada di sekolah lagi, atau sejak kita berkecimpung dengan aktif dalam sukan-sukan tertentu.

Advertisement

Pada artikel kali ini, kita tidak mahu bercerita mengenai hal lelaki tua yang pancit (tiada stamina) ketika berfutsal malam semalam, atau pakcik tua yang semput menaiki tangga ketika pergi untuk memperbaharui lesennya pada minggu lepas.

Kita akan menyenaraikan 5 fakta menarik mengenai stamina, yang kemungkinan ada di kalangan anda sudah tahu, atau tak tahu.

1 – Seseorang itu akan dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) secara berterusan untuk suatu tempoh yang agak lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda letih ataupun lelah.

2 – Stamina juga kadangkala mengambil masa yang agak panjang untuk dibentuk, namun untuk kehilangannya hanya akan mengambil masa yang singkat. Kebiasaannya, stamina seseorang individu itu berkemungkinan akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.

3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Semakin berusia seseorang individu itu maka stamina mereka juga semakin menurun. Ini bukan sahaja merujuk pada stamina mereka untuk aktiviti kecergasan malah stamina ketika berada di ranjang bersama pasangan juga.

4 – Tahap stamina anda boleh dianggap pada tahap yang sangat memuaskan jika anda mampu untuk berjogging sambil bercakap seperti biasa dalam jangkamasa yang agak lama, tanpa berasa mengah mahupun pancit.

5 – Antara sukan-sukan yang secara umumnya memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari untuk maraton, bertinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit ataupun gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.

Jadi kita telah berjaya kupaskan sedikit sebanyak mengenai stamina dan apakah istilah sebenar stamina kepada seseorang lelaki. Lepas ni kemungkinan kita juga akan turut mengupas tentang cara untuk meningkatkan dan juga mengekalkan stamina, dan juga tanda-tanda penurunan stamina. Diharapkan perkongsian ini akan membawa manfaat buat anda.

Advertisement