Mahu Tahu Imaginasi Nakal Seorang Lelaki? 5 Fantasi Ini Adalah Jawapannya


- 5 Jan 17
View 4,591 : Today 1

Bukan lagi rahsia jika dibandingkan lelaki dengan kaum wanita jika bercerita mengenai seks, lelaki akan lebih cenderung untuk memikirkan tentang seks. Bahkan menurut penelitian, lelaki memikirkan seks sebanyak 34 kali dalam sehari sementara wanita hanya 18 kali.

Hasil ini menunjukkan bahawa kaum lelaki dua kali lebih banyak berfikir mengenai seks daripada wanita, wow! Tidak hairanlah ramai lelaki yang curang dan tidak kurang juga yang ketagihan kepada video lucah.

Advertisement

Tentu ada yang tertanya-tanya sebenarnya apakah yang mereka bayangkan ketika memikirkan seks? Salah satunya adalah fantasi. Kaum lelaki setidaknya memiliki 5 fantasi seks yang sering bermain di fikiran mereka.

Jom kita bongkarkan fantasi seks yang bermain dalam fikiran seorang lelaki satu persatu.

1. Threesomes

Pada wanita, adegan threesome adalah menggelikan dan terasa sangat tidak selesa, tapi hal ini tidak berlaku bagi kaum lelaki. Pada faktanya ramai kaum lelaki yang membayangkan dapat berhubungan seks lebih dengan dua wanita pada suatu sesi. Menurut mereka pengalaman ini dikatakan seksi dan amat meransangkan.

2. Seks Oral

Membayangkan zakarnya sedang berada dalam kuluman mulut seorang wanita juga adalah menjadi fantasi seks yang ada pada fikiran setiap lelaki di luar sana. Rasanya tidak ada lelaki yang akan menolak tawaran untuk melakukan seks oral ini terutamanya jika ditawarkan oleh sebarang wanita di luar sana.

3. Merakam Adegan Panas

Merakam adegan panasnya dengan pasangan juga seringkali menjadi fantasi seks yang banyak kali difikirkan oleh kaum lelaki. Mereka cukup teransang sekali terutamanya jika berkesempatan untuk menyaksikan sendiri perhubungan intimnya bersama pasangan yang dirakamkan oleh kamera kerana bagi mereka – ia sesuatu yang seksi.

4. Didominasi Oleh Wanita

Tidak semua lelaki yang mengharapkan untuk selalu menguasai  permainan di atas ranjang. Kadang kala mereka ingin juga merasakan bagaimana jika wanita itu mendominasi mereka ketika melakukan hubungan seks. Kepada wanita yang ingin memanjakan suaminya, sesekali bolehlah mencuba cara ini kan?

5. Seks Di Tempat Umum

Meskipun ia kedengaran agak ekstrem, tidak dapat disangkal bahawa berhubungan badan di tempat umum juga dapat meningkatkan keseronokan seksual lelaki. Oleh itu tidak aneh jika sebahagian lelaki di luar sana yang pasti berimaginasi untuk berhubungan seks dengan wanitanya di pejabat, kereta, atau mungkin di tandas awam.

Sekarang anda sudah tahu bukan beberapa fantasi seks lelaki yang kerap mereka miliki? Lelaki mempunyai minda yang nakal terutamanya jika ia berkisar mengenai seks dan mereka tidak lari dari memiliki fantasi nakal itu. Jika tidak tentu tidak ramai lelaki yang gemar beronani.

Dari kelima-lima fantasi di atas, yang manakah pada anda merupakan fantasi yang turut bermain di fikiran anda juga? Kongsikan dengan kami dan diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat buat semua.

Advertisement