5 Cara Kaum Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!


- 5 Jan 17
View 2,859 : Today 1

Sebenarnya, semua orang sedar dan faham bahawa lelaki punya nafsu dan nafsu lelaki ini pula sangat mudah teransang dengan visual yang mencolok mata. Walau hanya satu tapi nafsu mereka yang satu ini fokusnya lebih terarah kepada nafsu seksual.

Advertisement

Dan sedarkah kita, bahawa tanpa kita sedari sebenarnya ramai perempuan di luar sana sedang cuba mencabar nafsu lelaki? Bagaimana pula itu? Wanita itu mungkin elok memakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan mereka masih boleh menggoda lagi menggoda kita ni kaum lelaki?

Tapi di luar kesedaran kita, mungkin wanita di luar sana telah melakukan benda-benda ini secara tidak sengaja :

1. Ketika Menunduk

Tunduk pun salah? Bukan salah, tunduk ini cuma salah terutamanya bila mereka berdiri kemudian nak mencapai benda yang berada di lantai. Mereka pula tidak melutut atas lantai dan terus capai benda tu. Nah, secara tidak sengaja dan tanpa disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah pada mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Jelingan mata ini juga sangat bahaya tahu? Terutamanya bagi wanita yang memang sengaja buat lirikan mata manja, menggoda dan seolah-olah meminta perhatian. Percayalah, lelaki ini boleh tercabar hanya dengan lirikan dan jelingan wanita. Bagi wanita mungkin biasa, bagi lelaki ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Ramai wanita di luar sana yang tidak peka mengenai hal ini, tetapi cara wanita berjalan pun boleh menggoyangkan iman seseorang lelaki juga! Ada yang menceritakan tentang apabila seorang lelaki duduk berhampiran dan terlihat seorang gadis berjalan ala model dan mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Senyum ini memanglah patut diamalkan kerana senyum adalah sedekah tapi senyumlah dengan berpada-pada dan kena pada tempatnya. Depan lelaki yang wanita itu tidak kenal, senyuman nipis sudah cukup. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan? Senyuman wanita yang mesra dan manis tu, tolonglah simpan dan tayangkan pada suami dan anak sahaja ya.

5. Bila berhimpit dalam kenderaan awam

Seringkali terjadi terutamanya ketika berada di dalam kenderaan awam yang sesak dan ketika berhimpit-himpit, ramai kaum wanita ini yang tidak menjaga adab. Kalau boleh jarakkan sedikit diri anda dari lelaki asing dan jangan biarkan tubuh bersentuhan antara satu dengan yang lain.  Sentuhan ini boleh menimbulkan nafsu jadi jangan pandang ringan perkara ini.

Wanita di luar sana mungkin akan berterusan mengeluh. Lelaki ni tak memang habis-habis dengan nafsu mereka. Betullah sebab lelaki kan kadangkala kan boleh bertukar buas tanpa disangka-sangka. Tapi janganlah biarkan ia terus berleluasa ya?

Ayuh jadikan sebahagian cara di atas untuk mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan wanita sekalian akan termasuk dalam golongan insan yang sentiasa dilindungi Allah swt.

Advertisement