Lelaki Dan Pink? Apa Jawapannya..


- 5 Jan 17
View 94 : Today 1

Pink sememang sinomin dengan wanita kerana warna itu dikatakan memiliki sifat lembut yang sering dikaitkan dengan personaliti wanita.

Advertisement

Tapi adakah itu bermaksud lelaki tidak boleh memakai warna pink?

Pemikiran kita sering membantah jika warna pink digunakan atau disatukan oleh lelaki.

Kedengaran seperti tidak adil bukan kerana warna hitam yang sering dikaitkan dengan lelaki dengan sewenangnya digunapakai oleh kaum wanita.

Baca fakta dibawah tentang Lelaki dan Pink..

1. Pink itu (Gembira) !

Maknanya pengguna pink itu gembira dan ini bermakna pemakainya sentiasa ceria dan gembira menjalani kehidupannya.

2. Pink itu Metroseksual

Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia yang berubah mengikut zaman.

Tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan hitam diwajibkan dengan lelaki.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tidak melanggar batas agama dan manusia.

Dunia urban untuk lelaki metroseksual. Dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej dan gaya.

3. Pink itu Maskulin

Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.

Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi.

Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka.

Apa guna maksud maskulin itu sendiri yang cukup mendalam, keMAS, KUaliti dan tuLIN jika tidak dipergunakan.

Disini kami juga ingin kongsikan beberapa keping gambar lelaki menggayakan warna pink.

Okay je kan?

Advertisement