4 Kelebihan Yang Dimiliki Hanya Oleh Lelaki Yang Berstatus Duda


- 6 Jan 17
View 285 : Today 1

Kebanyakan orang berharap untuk mendapatkan perkahwinan bahagia yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Tapi apakan daya ramai juga yang gagal dalam melayari bahtera perkahwinan sehingga berakhir dengan perceraian atas berbagai alasan.

Advertisement

Namun bukan semua masalah penceraian itu berpunca dari lelaki kerana penceraian boleh terjadi atas pelbagai faktor. Untuk itu adalah tidak adil untuk wanita di luar sana menyalahkan lelaki dan menghukum mereka seandainya mereka ingin menikah sekali lagi.

Ia juga tidak bermakna orang yang pernah bercerai itu tidak mampu untuk membahagiakan pasangannya. Mereka belajar dari kesilapan dan berkemungkinan mampu untuk menjadi lebih baik pada perkahwinan mereka yang seterusnya.

Dibawah ini disertakan kelebihan yang dipunyai oleh seseorang lelaki yang pernah berkahwin dan bercerai.

1. Mereka mempunyai pengalaman

Sedangkan segala macam tugas pun yang kita lakukan pernah menemui kegagalan inikan pula perhubungan suami isteri, tetapi jelas bahawa mereka memiliki pengalaman dalam hal pernikahan sebelum ini. Mereka juga akan lebih berhati-hati dan belajar dari kesilapan lalu untuk menjayakan perhubungan tersebut.

2. Mereka menghargai tolak ansur dan komitmen

Meskipun ramai yang menganggap penceraian berlaku kerana kurangnya toleransi antara pasangan, tetapi tidak ada salahnya jika kamu memilih untuk mencintai orang yang pernah bercerai kerana mereka akan lebih bertolak ansur dan mudah untuk berkompromi. Malah mereka juga sedar daripada kesilapan sebelum ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya. 

3. Mereka menyedari perkara yang sepatutnya dilakukan dan sebaliknya

Kerana mereka pernah gagal dalam perkahwinan pertama maka mereka akan berusaha untuk mempertahankan perkahwinannya kali ini. Mereka akan lebih bijak untuk menilai sikap mereka dan mencuba yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Dia juga akan cuba menghindari perkara yang boleh mengancam rumahtangganya.

4. Menghargai kepentingan komunikasi

Mereka yang pernah bercerai ini akan lebih menghargai kepentingan komunikasi di dalam sebuah perhubungan. Malah mereka akan bersikap lebih terbuka dan saling percaya antara satu dengan yang lain untuk mengelakkan sebarang konflik. Mereka lebih gemar untuk berbincang dengan pasangan untuk mencapai kata sepakat untuk suatu keputusan.

Jadi, jangan cepat menilai seorang duda itu buruk atau tidak baik, sebab setiap yang berlaku itu kemungkinan di luar kuasanya dan kita digalakkan untuk menerima kehadiran orang dengan hati terbuka. Setiap orang memiliki sebab-sebab yang tersendiri dan tidak semestinya kesalahan diletakkan di atas bahu lelaki apabila berlakunya suatu kes penceraian.

Advertisement