Zink, Mineral Penting Untuk Kesihatan Prostat Dan Organ Reproduktif Lelaki


- 6 Jan 17
View 2,122 : Today 1

Zink yang terdapat dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda kandungannya berbanding dalam organ lain. Mineral Zink ini bukan saja penting untuk kesihatan prostat dan sistem reproduktif lelaki tetapi mereka memainkan peranan yang penting dalam organ seks lelaki.

Advertisement

Kekurangan zink yang serius boleh mengakibatkan masalah seperti pembantutan kematangan organ seksual, masalah impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, jumlah sperma yang menurun, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan juga kes rambut gugur.

Oleh itu, khasiat dari mineral zink ini adalah amat diperlukan oleh kaum lelaki semenjak dari remaja hingga ke usia tua.

Kepentingan Zink Untuk Kesihatan

Zink sangat penting dalam memastikan fungsi tubuh berjalan dengan lancar. Antara kebaikan zink ialah ianya sangat diperlukan untuk proses penyerapan vitamin B Kompleks, penyembuhan luka dan parut, membantu penghadaman karbohidrat, tumbesaran dan perkembangan organ reproduktif, kesihatan rambut serta kuku dan banyak lagi.

Boleh dikatakan ia memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita selain menjadi bahan penting yang membantu menjaga kesihatan sistem pembiakan kaum lelaki. Malahan kebanyakan khasiatnya berkait rapat dengan kepentingan untuk kesihatan kaum Adam secara keseluruhannya.

male reproductive system front view diagram

Bagaimana Zink Memberi Kebaikan Kepada Kesihatan Prostat?

Bagi prostat, ia menggunakan mineral zink jauh lebih banyak berbanding dengan kebanyakan organ lain dalam badan kita. Zink terlibat dalam mengurangkan paras hormon prolaktin yang turut memainkan peranan penting dalam proses penukaran hormon testosteron kepada dihidrotestosteron.

Dengan itu, kekurangan zink dikaitkan dengan keradangan dan pembesaran prostat. Ia boleh menyebabkan munculnya gejala yang tidak diingini seperti kanser prostat dan kemungkinan besar juga masalah mati pucuk. 

Pengambilan mineral zink mungkin boleh mengelak dan mengurangkan simptom pembesaran kelenjar prostat. Prostat yang membesar didapati mengandungi paras zink yang cukup rendah berbanding dari biasa.

Makanan yang kaya dengan zink termasuklah bijirin penuh, daging merah, kerangan seperti tiram, udang, kekacang dan bijian terutamanya walnut, kacang hazel dan badam dan kacang soya.

Pengamalan makanan yang kaya dengan khasiat zink ini boleh membantu kaum lelaki sekalian untuk menjaga kesihatan sistem pembiakan hati sambil mengurangkan risiko untuk anda menghidapi masalah-masalah berkaitan alat kelamin anda termasuk barah prostat yang meragut nyawa.

Advertisement