Rupa-Rupanya Seperti Ini Rasanya Air Mani Seorang Lelaki


- 6 Jan 17
View 4,004 : Today 5

Air mani lelaki merupakan zat yang dikeluarkan oleh lelaki ketika saat mereka mencapai titik kemuncak seksual. Rasa air mani yang dihasilkan oleh setiap lelaki sudah tentu akan berbeza, samada berasa nikmat mahupun memualkan.

Namun, hal ini biasanya dipengaruhi oleh tahap kesihatan dan juga amalan pemakanan yang diambil oleh lelaki tersebut, menurut Brian L. Steixner, pengarah dari Institut Kesihatan Lelaki di Jersey Urology Group .

Advertisement

Ia menambah bahawa 95 hingga 98 peratus daripada kandungan air mani itu bukanlah sepenuhnya terdiri dari sperma. Sebahagian besar air mani juga terdiri dari air, fruktosa, enzim, mineral dan bedasing lain yang menjadikan sperma tetap sihat untuk bersenyawa dengan sel telur dari wanita.

Tapi kita boleh lihat bahawa kesemua bahan tersebut sangat kaya akan nutrisi. Sememangnya amalan menelan air mani setelah lelaki berejakulasi bukanlah hal yang biasa dilakukan. Perkara ini hanya kelihatan pada filem-filem pornografi dewasa saja. Tetapi, faktanya perlakuan tersebut adalah menyihatkan.

Sayangnya komposisi ini akan berubah jika lelaki tersebut mengidap barah prostat ataupun jangkitan saluran kencing. Bahan-bahan bernutrisi dalam air mani tersebut akan bercampur dengan bakteria dan darah kotor jika lelaki mengidap penyakit tertentu. Rasanya tentu akan semakin memualkan.

Meskipun masih terkandung fruktosa, dimana merupakan zat pemanis, kita masih tidak mampu untuk  menyimpulkan bahawa rasa air mani itu manis. Steixner juga mengatakan bahawa lelaki tak boleh menambah rasa manis pada air maninya walaupun dengan mengambil makanan atau minuman manis.

Untuk menjadikan rasa dan bau air mani itu tidak menjijikkan, Steixner mengingatkan agar kaum Adam memenuhi pengambilan cecair yang diperlukan pada setiap hari.

“Agar air mani dan sperma di dalamnya setiasa kekal sihat dan bernutrisi jangan lupa untuk mengamalkan pengambilan air setidaknya dua liter sehari. Sayuran seperti daun saderi dan timun juga boleh menjaga komposisi air mani agar tetap seimbang,” tambahnya.

Steixner juga mengingatkan bahawa pengamalan gaya hidup yang tak sihat seperti mengambil alkohol, makanan tidak berkhasiat, merokok dan pengambilan bawang putih dan merah yang berlebihan juga boleh menjadikan rasa air mani semakin teruk.

Sebelum ini, seorang pakar dari Monash University, Benjamin Wegener, mengatakan air mani mengandungi sperma yang masuk ke dalam tubuh wanita melalui hubungan intim tak selalunya mampu untuk hidup lama dan bermanfaat.

Sedangkan air mani yang masuk melalui mulut dan seterusnya mengalir masuk ke saluran pencernaan, akan dapat untuk diuraikan nutrisinya dan diserap oleh tubuh. Dari segala manfaat yang terkandung dalam air mani, maka beranikah anda untuk mencuba merasainya sendiri dan menilai sejauh mana kebenaran kajian tersebut?

Advertisement