Jangan Terlalu Yakin: Anda Mungkin Curang Tanpa Sedar


- 7 Jan 17
View 685 : Today 1

Anda rasa anda teman lelaki atau suami yang setia kepada pasangan? Jangan terlalu yakin, mungkin anda sedang ‘curang tanpa sedar’!

Advertisement

Mungkin perkara-perkara berikut anda anggap perbuatan biasa dan tidak salah. Namun, anda sebenarnya sedang bermain dengan api yang mungkin boleh menghancurkan hubungan/perkahwinan anda jika tidak dihentikan.

1. Berkongsi masalah hubungan dengan kawan perempuan

Kata pakar psikologi, simpati itu ialah pintu kepada rasa cinta. Jika anda sering menceritakan masalah hubungan cinta anda kepada wanita lain, anda sebenarnya sedang mencipta situasi yang ideal untuk curang. Paling tidak sepatutnya terjadi ialah anda menceritakan keburukan pasangan sehingga boleh mengaibkannya. Bukan tak boleh meluahkan perasaan, namun bukankah lebih baik jika anda berbicara secara terus dengan pasangan anda supaya apa-apa masalah dapat diselesaikan bersama?

2. Selalu stalk Facebook bekas kekasih

Media sosial memang banyak pro dan kontranya. Kononnya hanya mahu melihat perkembangan ex anda itu, tetapi secara tak sedar anda mula menyulam kenangan dan membina harapan. Ingat, jika anda sudah mempunyai komitmen dalam satu-satu hubungan, anda tak seharusnya menyimpan harapan untuk bersama wanita lain!

3. Beli minuman untuk wanita lain

Anda berseorangan di kafe dan melihat seorang wanita yang juga sedang duduk seorang diri. Salahkah jika anda membeli minuman untuk wanita tersebut dan duduk semeja untuk berkenalan dengannya? Ya, ia salah! Perbuatan itu memberi bayangan yang anda sedang cuba memikat wanita tersebut. Jadi, adakah wajar anda sudah mempunyai kekasih/isteri bertindak seperti itu?

4. Berbual perkara intim dengan rakan wanita

Lelaki dan bual-bual seks adalah perkara biasa. Berbual dan bergurau sesama teman-teman mengenainya juga boleh dikatakan satu kelaziman.  Namun saat anda bersama wanita lain seperti rakan sekerja misalnya dan berbicara perkara ‘dalam kain’ anda, ia menunjukkan anda sangat berharap untuk bersama wanita tersebut. Sebagai rakan, anda perlu tahu had pergaulan kerana berbicara soal perkara intim boleh mengundang situasi tidak diingini.

5. Membandingkan penampilan pasangan dengan perempuan lain

Lelaki dikenali dengan pelbagai perspektif yang mana mereka sukar untuk difahami pemikirannya. Lelaki yang mengkritik penampilan kekasihnya dan membandingkan dengan wanita lain sebenarnya tidak jujur dalam perhubungan. Ia seolah-olah anda hanya mencintai ilusi tentang si dia, bukannya dia yang sebenar. Jika anda jujur merasakan bahawa pasangan anda perlu make-over untuk kebaikan dirinya, komenlah dengan berhemah dan beri sokongan kepadanya. Hadiahkan pakaian yang anda mahu dia gayakan, kemudian berikan pujian dengan seikhlas hati.

Advertisement