Sayang Kereta Lebih Dari Pasangan: Ketahui Cara Pelik Untuk Mencuci Kenderaan Kesayangan


- 8 Jan 17
View 39 : Today 1

Selalunya anda hanya akan menghantar kereta untuk dicuci ataupun membeli sabun pencuci kereta yang agak mahal untuk mendapatkan hasil yang baik. Tetapi, sekiranya anda bijak, anda boleh menggunakan barangan yang tersedia ada di dalam rumah untuk mencuci kereta. Anda mungkin tidak percaya dengan keberkesanannya sehingga anda mencubanya sendiri!

Advertisement

Perapi Rambut

Untuk mengilatkan permukaan kereta, gunakan perapi rambut yang mengandungi lanolin untuk mencuci kereta. Anda pasti kagum dengan hasilnya bersinar dan membuatkan kereta anda seperti kereta baru!

Coca Cola

Dalam banyak-banyak bahagian, cermin kereta merupakan bahagian yang paling susah untuk dicuci kerana tompokan air akan jelas kelihatan sekiranya tidak dicuci dan dilapkan dengan sempurna. Gunakan air berkarbonat (Coca Cola) untuk membersihkan cermin kereta agar cermin bersih berkilat dan pastikan anda membilasnya dengan bersih untuk mengelakkannya memerangkap habuk sekiranya tidak dicuci dengan sempurna.

Stokin Wanita

Setelah lama anda menggunakan kereta anda, permukaan lampu kereta anda pasti pudar. Mudah sahaja untuk mengatasinya. Gunakan pembersih kaca di rumah dan gosokkannya ke permukaan lampu dengan menggunakan stoking wanita sehingga lampu anda kembali berkilat.

Tuala Wanita

Bagi mengelakkan cermin kereta daripada bertompok, gunakan tuala wanita (yang bersih semestinya) untuk mengeringkan permukaan cermin kereta anda. Lekatkan tuala wanita pada tangan anda dan keringkan cermin kereta anda menggunakannya. Jangan terkejut kerana ia memang berkesan!

Serbuk Penaik

Campurkan serbuk penaik dengan sabun pencuci pinggan ke dalam sebotol air. Goncangkan botol dengan kuat dan campurkan dengan sebaldi air dan gunakannya untuk mencuci kereta anda untuk kereta yang bersih bersinar.

Advertisement