Fakta Mengejutkan Di Sebalik Kemampuan Seksual Lelaki


- 9 Jan 17
View 1,647 : Today 2

Kaum lelaki sering dikatakan egois dan tidak peduli terhadap hubungan seksual saat dikaitkan dengan nafsu seksnya. Namun, doktor dan penulis buku “Truth About Men and Sex,” Dr. Abraham Morgentaler, mengatakan bahwa anggapan bahawa lelaki selalu ingin difaami saat berhubungan seks adalah tidak benar.

Bahkan, menurutnya lelaki sangat takut sehingga sering mengaitkan ukuran Mr P dan stamina ketika berada di ranjang. Hal ini menandakan bahawa lelaki boleh juga disebut sebagai kaum yang lebih sensitif dari perempuan dalam soal berhubungan intim.

Advertisement

“Jangan hairan jika lelaki sering menutupi kekurangannya itu kepada pasangan, kerana dia merasa malu dan tidak berguna jika kekurangan itu sampai pada pengetahuan pasangannya. Saat itulah para lelaki akan mengalami kesengsaraan seksual,” jelas Morgentaler, profesor urologi di Harvard Medical School.

Menurutnya, lelaki sebenarnya jauh lebih jujur tentang kekurangan seksual mereka kepada doktor berbanding daripada pasangannya. Ini adalah fakta yang tidak mampu untuk dibantah kerana lelaki jauh lebih mementingkan kebahagiaan pasangan daripada kesenangannya saat berhubungan seksual.

Sebagai contoh, Morgentaler menunjukkan tentang pancutan pra-matang. Jika lelaki memiliki sifat yang egois dalam hubungan seksual, maka pancutan pra-matang ini bukan menjadi masalah, kerana kaum lelaki telah mencapai kepuasan peribadinya.

Namun, sebenarnya lelaki sering dilanda masalah ketika mereka tidak mampu untuk mengendalikan diri agar bertahan lebih lama demi memuaskan pasangannya.

Lebih lanjut, Morgentaler menambah, sejumlah masalah seksual yang dialami kaum lelaki sebenarnya adalah kerana kekurangan komunikasi dengan pasangan. Saat mereka mulai menutupi kekurangan, timbul rasa cemas yang akhirnya mengganggu jiwa sehingga kemudiannya memburukkan hubungan seksualnya dengan pasangan.

“Doktor mungkin hanya mampu untuk menyelesaikan masalah secara medik, namun sesungguhnya masalah seksual itu kadangkala lebih berkaitan dengan isu psikologi dari setiap pasangan,” menurutnya lagi.

Oleh sebab itu, dia menyarankan agar lelaki mengamalkan sikap yang terbuka bersama pasangan, kerana perempuan pun akan cuba utuk memahaminya, sehingga permasalahan yang dialaminya ini mampu untuk menemui jalan penyelesaian jika dirunding bersama-sama.

Kaum isteri pula akan membantu untuk meyakinkan suami mereka sehingga timbul keyakinan diri, yang dapat membuatkan kehidupan seks mereka berjalan jauh lebih baik.

“Ketika kaum lelaki beranggapan baik tentang diri mereka sendiri dari segi seksual, saat itulah mereka akan turut merasakan ingin memberi yang terbaik pada hubungannya dengan pasangan,” kata Morgentaler.

Advertisement