Kajian Mendapati Bahawa Lelaki Yang Berbadan ‘Sado’ Ini Tidak Kuat


- 9 Jan 17
View 438 : Today 1

Memiliki tubuh badan yang sasa atau ‘sado’ sememangnya adalah sudah menjadi idaman ramai lelaki di luar sana kerana mempercayai bahawa dengan memiliki otot yang lebih besar akan menjadikan mereka tampak lebih kuat.

Advertisement

Bagaimanapun, satu kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain pada baru-baru ini mendapati bahawa dengan memiliki otot yang besar tidak semestinya mampu menjadikan anda lebih kuat.

Kajian Profesor Hans Degens dan pasukannya mendapati bahawa tisu otot yang sederhana juga boleh menghasilkan lebih tenaga berbanding tisu otot yang terlalu besar.

Wah, adakah ini bermaksud bahawa mereka yang berbadan sederhana dan kurus juga mungkin boleh memiliki tenaga yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang memiliki badan sasa dan sado ini?

Hasil kajian kumpulan itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.

Degens dan pasukannya mengkaji dengan menggunakan 12 orang ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang didapati aktif secara fizikal.

Penyelidik itu kemudian mengkaji dan mengukur saiz sel otot setiap subjek bagi membolehkan mereka mengenal pasti tenaga yang dihasilkan serta kualiti otot.

Kajian mendapati, walaupun ahli bina badan didapati memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki biasa, namun dilihat tenaga yang dihasilkan oleh mereka dikhuatiri adalah lebih rendah.

Atlet sukan pula didapati memiliki kualiti otot yang hampir sama seperti lelaki biasa yang aktif, tetapi kelebihan mereka adalah kerana mereka mampu menghasilkan tenaga dengan lebih cepat yang menjadikan mereka lebih kuat.

“Ramai antara kita kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka tentu kuat seperti yang sering digembar-gemburkan melalui watak komik Incredible Hulk.

“Bagaimanapun, kami juga telah mendapati bahawa sel otot ahli bina badan menghasilkan kurang tenaga berbanding lelaki biasa yang aktif,” katanya.

Oleh itu maka anda tidak haruslah begitu obses untuk membina badan yang seperti ahli bina badan, kerana telah dibuktikan bahawa ia tidak akan menjadikan anda kuat kerana kekuatan adalah bergantung kepada tisu otot seseorang. Cukuplah sekadar untuk mendapatkan badan yang fit untuk menjamin kesihatan dan kecergasan anda.

Advertisement