5 Fakta Mengejutkan Tentang Lelaki Yang Memiliki Perut Six Pack


- 10 Jan 17
View 1,482 : Today 1

Hampir setiap lelaki di luar sana memiliki keinginan untuk mempunyai perut six pack. Berbagai usaha seperti senaman rutin dan memperbanyakkan pemakanan protein telah pun diamalkan demi tujuan untuk mendapatkan perut kotak-kotak tersebut.

Jika anda juga salah satu orang yang berniat untuk membentuk perut yang sehebat itu, maka mari kita semak dahulu fakta yang mengejutkan tentang perut six pack seperti yang dinyatakan oleh Quick Easy Fit (30/09).

Berikut merupakan fakta mengejutkan yang anda harus tahu mengenai mereka yang memiliki perut berotot six pack ini.

Advertisement

1. Tidak perlu bersukan setiap hari

Bersenam memang baik dan menyihatkan tubuh badan anda. Namun sama seperti hal lain, senaman berlebihan boleh juga membahayakan tubuh anda. Jadi anda boleh bersenam sekurangnya 3-4 kali seminggu demi memiliki perut six pack. Hal itu dilakukan demi menjadikan otot perut itu lebih rileks dan menghindari bahaya dari senaman berlebihan.

2. Jangan sampai cedera

Ramai antara mereka yang melaporkan mengalami kecederaan akibat dari senaman berlebihan. Hal itu dinyatakan oleh pihak American Army yang melakukan bancian. Dengan adanya bancian tersebut sebaiknya ia dijadikan teladan. Jangan terburu-buru dan berlebihan jika ingin bersenam. Lebih baik melakukan dengan normal secara berkala.

3. Fokus pada bahagian otot yang lain

Untuk memiliki perut six pack, jangan hanya fokus kepada bahagian dan rutin senaman tertentu sahaja. Anda juga sebaiknya fokus pada bahagian otot yang berlainan juga. Ini membolehkan seluruh otot tubuh anda untuk mendapat senaman dan gerakan yang mencukupi disertai dengan amalan pemakanan yang bernutrisi.

4. Punggung yang kuat

Perut six pack melambangkan juga postur punggung yang tegap dan kuat. Jangan biarkan bahagian punggung anda lemah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di saat anda bersenam demi mendapatkan perut six pack. Ini adalah disebabkan punggung, khususnya bahagian bawah, bertanggung jawab untuk menyokong otot di sekitar perut.

5. Cermin mampu untuk menipu

Terdapat dua jenis lemak yang berada di dalam tubuh, iaitu lemak gut dan lemak hypodermic. Sifat lemak gut pula lebih berbahaya kerana kebiasaannya ia boleh menganggu fungsi jantung dan organ lain. Jadi meskipun perut anda sudah six pack, jangan tertipu dengan cermin kerana mungkin sahaja anda memiliki lemak gut dalam tubuh.

Itulah dia jelas beberapa fakta yang sangat menarik dan aneh tentang perut six pack. Sudah tentu info di atas akan membuatkan anda untuk lebih berhati-hati ketika ingin membentuk otot perut tersebut. Anda mungkin juga boleh berunding dengan pelatih yang ada di pusat kecergasan yang anda kunjungi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat mengenai perkara ini.

Advertisement