7 Alasan Mengapa Perempuan Amat Menggemari Bahagian Dada Lelaki


- 10 Jan 17
View 1,401 : Today 1

Sama juga sepertinya dada wanita, dada lelaki juga mampu untuk menarik perhatian wanita bergantung kepada bentuknya. Disebalik pakaian yang dikenakan oleh lelaki tersebut, wanita tentu akan selalu berusaha untuk meneka seperti apa bentuk dada yang dimiliki mereka.

Advertisement

Disebabkan itu tidak hairan apabila seorang perempuan menjadi sangat gelisah terutamanya apabila kemeja bahagian atas seorang lelaki itu tidak dibutangkan. Pada mereka kita yang lelaki ini kelihatan seksi jika menyerlahkan sedikit bahagian dada.

Anda tentu ingin tahu alasannya bukan? Berikut seperti yang didapati dari LIFE SatuHarapan.com dari mirror.co.uk serta dailymail.com :

1. Dada lelaki menentukan daya tarik fizikal seseorang lelaki tersebut. Tubuh lelaki yang dikatakan sado atau sasa biasanya disokong oleh bahu yang besar dan dada yang bidang. Perempuan juga mampu untuk melihatnya dari pakaian yang dikenakan oleh lelaki tersebut yang menunjukkan bentuk tubuh seseorang lelaki itu.

2. Perempuan menggemari lelaki yang memiliki bentuk fizikal tubuh yang menawan lengkap dengan dada mereka yang terlihat bidang dan kukuh, kerana mereka juga menginginkan untuk mampu mendapatkan keturunan yang kelihatan sama menarik bentuk tubuhnya seperti lelaki tersebut.

3. Dada yang bidang dan berotot ini juga begitu menarik perhatian setiap perempuan. Tidak menghairankan terutamanya apabila ketika sedang keghairahan, maka perempuan akan bermula dengan melucutkan pakaian pasangannya dimulai dari bahagian atas baju kemeja yang dipakai oleh lelaki tersebut.

4. Sama juga seperti seorang perempuan, puting dada yang dimiliki oleh kaum lelaki walaupun ia kelihatan agak kecil dan rata, namun ia juga menjadi “titik” yang membangkitkan keghairahan kepada kaum lelaki juga. Kepada lelaki yang kurang pasti, bolehlah dicuba terlebih dahulu bersama pasangan anda untuk bukti lebih lanjut.

5. Kebanyakan perempuan lebih menggemari dada lelaki yang bersih tanpa bulu. Hal ini kerana dengan kewujudan bulu-bulu tersebut ia akan menutupi bahagian penting pada otot-otot dada yang dimiliki oleh lelaki tersebut. Namun ada juga sesetengah wanita yang berminat jika dada lelaki tersebut memiliki bulu, ia bergantung kepada citarasa mereka.

6. Dada lelaki yang bidang dan sasa, sering menjadi “pegangan”. Sama juga dengan payudara seorang perempuan yang sering menjadi “pegangan” saat berhubungan seks, demikian juga yang berlaku dengan dada lelaki. Pada posisi woman on top, perempuan akan memegang dan meramas dada pasangannya sebagai “tumpuan” .

7. Perempuan juga dikatakan suka mengelus, meraba dan mencium dada seorang lelaki. Dada lelaki yang bidang dan kekar, akan dianggap oleh perempuan sebagai “perisai” yang melindunginya. Oleh sebab itu begitu ramai kaum perempuan yang begitu gemar untuk mengelus, meraba dan menciumi dada seseorang lelaki ketika bersantai.

Oleh itu kaum lelaki semua anda mempunyai sebab yang kuat kini untuk pergi ke pusat kecergasan terdekat dan mendaftar diri demi mendapatkan dada yang bidang dan seksi agar menjadi perhatian wanita dan isteri anda terutamanya. Oleh sebab yang dinyatakan di atas, tidakkah anda tergerak untuk membentuk dada anda ketika ini?

Advertisement