Libido Kaum Lelaki, Ini Dia 4 Mitos Dan Faktanya!


- 10 Jan 17
View 2,277 : Today 1

Kita sering mendengar tentang kisah mengenai kaum lelaki yang memiliki bulu lebat yang diyakini oleh wanita di luar sana mampu untuk membuat ramai wanita mabuk kepayang kerana kehebatan mereka ketika di ranjang?Malah terdapat pelbagai lagi mitos mengenai libido lelaki yang sememangnya tidak akan habis jika dibincangkan.

Namun begitulah mitos ini kebanyakannya mengaitkan tentang saiz zakar yang dimiliki seorang suami dengan kepuasan wanita, kehebatan lelaki berbulu ketika berhubungan seks di ranjang dan juga mengenai ukuran zakar yang ditentukan oleh berat badan.

Berikut kita akan membongkar kebenaran mitos tersebut dan menyediakan faktanya untuk anda sekalian.

Advertisement

1. Lelaki berbulu lebat hebat di ranjang

Pertumbuhan rambut di badan dipengaruhi oleh hormon testoteron, hormon yang mempengaruhi libido ataupun dorongan seksual, jadi rasanya tak salah anggapan bahawa dengan lebih banyak bulu tumbuh di dada, juga tangan seseorang, dorongan seksualnya juga pun akan semakin tinggi.

Namun begitu, dorongan seksual yang besar itu bukanlah sesuatu yang menentukan bagaimana rancak seseorang di ranjang. Kemampuan seksual, tidak boleh dilihat dari ciri fizikal kerana, libido adalah bergantung kepada pemikiran ataupun persepsi seseorang.

2. Berat badan menentukan ukuran

Kebanyakan lelaki yang bertubuh gemuk sememangnya akan memiliki ukuran zakar  yang berukuran lebih kecil dari ukuran normal. Kebanyakan, oleh itu bukan bermakna semuanya seperti begitu. Biasanya, kegemukan yang dialami seseorang sejak kecillah yang menyebabkan mereka berpotensi lebih besar untuk memiliki zakar yang kecil.

Kes ini dikenali sebagai masalah mikropenis. Dr. Naek L. Tobing, terapi seks dan psikiatri yang kini sangat fokus dalam menangani masalah zakar kecil pada anak, memberitahu kalau ukuran zakar yang terlalu kecil ketika melangkah saat remaja ia tidak akan mampu untuk menjadi normal sampai dewasa jika terlambat untuk ditangani.

3. Telapak tangan, kaki, dan hidung menjadi penentu saiz

Sekali lagi, bahagian tubuh tertentu bukanlah penentu samada zakar seseorang lelaki itu kecil ataupun besar saiznya. Pandangan ini muncul kerana pemikiran logik bahawa bahagian tubuh tertentu seorang lelaki, seperti tangan, kaki, sampai hidung besarnya seimbang dengan saiz zakar.

Padahal, ukuran bahagian tubuh ini adalah berbeza untuk setiap orang. Sampai saat ini juga masih belum ada sebarang bukti ilmiah yang membenarkan telahan ini.

4. Makin besar, makin puas

Faktanya, ukuran zakar yang dimiliki oleh seseorang lelaki itu bukanlah penentu kepuasan pasangan. Kebolehan ereksi seseorang dan daya tahan zakar yang optima adalah faktor yang menentukan kepuasan pasangan. Panjang vagina perempuan hanyalah 7-9 cm, sementara bahagian yang paling sensitif hanyalah sepertiga dari bahagian hadapan.

Oleh itu ia tidak memerlukan zakar yang besar untuk merangsang bahagian kecil tersebut. Disebabkan itulah mereka lebih memerlukan zakar yang keras, kerana zakar yang mampu untuk menstimulasi vagina dengan baik sudah cukup untuk memberikan kenikmatan.

Bagaimana kaum lelaki sekalian, adakah terjawab sudah segala perkara yang menjadi kerisauan anda? Atau masihkah ada mitos-fakta yang membingungkan anda terutamanya mengenai soal bahagian tersembunyi seseorang lelaki itu? Diharapkan perkongsian di atas boleh membantu anda dengan lebih terperinci lagi.

Advertisement