Tampil Lebih Bergaya: Ini Sebab Lelaki Wajib Mengunakan Jam Tangan


- 10 Jan 17
View 191 : Today 1

Bagi sebahagian lelaki, jam tangan adalah aksesori antik yang memberitahu kedudukan masa sebelum teknologi skrin sentuh mengambil alih.

Advertisement

Walaupun begitu, masih ramai juga lelaki yang rasa tak perlu memakai jam tangan, jadi mereka perumpaamnya ‘berbogel’ tak berjam-tangan. Jadi, adakah jam tangan betul-betul diperlukan di era di mana telefon pintar sudah boleh mengantarkan ketepatan waktu?

Berikut ini deretan kenapa lelaki tetap harus menggunakan jam tangan. Suka atau tidak.

Jam tangan adalah salah satu aksesori perhiasan yang elegen dipakai lelaki

Well, walaupun sekarang negera ini kembali ke zaman batu dengan munculannya banyak lelaki (tua-muda) memakai aksesori batu agate, lelaki dengan jam tangan tetaplah elegan. Jam tangan tetap lebih maskulin!

Makin tua, makin mantap!

Jika anda muncul dengan Jaguar F-Type, anda memang kelihatan wah. Tapi jika tangan memandu Shelby 427 Cobra keluaran tahun 1966, anda lebih kelihatan mantap! Siapa yang berani merendahkan intipati kereta klasik?

Tak semua jam tangan berkekuatan setara

Walaupun kelihatannya jam tangan-jam tangan itu mahal dan berprestij, tak semuanya ada kekuatan setara. Masing-masing ada kelebihan, kekurangan dan kekuatan tersendiri. Jadi jangan terburu-buru membeli jam tangan yang berkilat dan mahal!

Besar tak bermakna lebih baik!

Era jam tangan dengan besarnya 46mm + sudah berakhir. Selanjutnya, saiz 42 adalah 44 terbaru dan 38.5 adalah 40 yang paling mutakhir. Begitulah terjadi terus-menerus. Sensasi dan sebab-sebab utama memakai jam tangan selalu akan terpulang pada rekaannya sendiri.

Bukan kerana trend

Ya, sama seperti anda lebih suka memakai pakaian samada warna kelabu, putih dan biru laut, memakai jam tangan adalah identiti diri yang sebenar. Jadi, jangan membeli jam tangan kerana brand dan rekabentuknya sedang trend. Gayakan kerana itu memang jadi pelengkap identiti diri anda! Demikian dipetik dari laman Popular.

Advertisement