Benarkah Six Pack Boleh Membantu Kehidupan Seks Anda


- 11 Jan 17
View 1,428 : Today 1

Bagi kaum lelaki, mereka mengatakan bahawa organ seks terbesar adalah beberapa meter dari otak, manakala wanita pula mempunyai pendapat yang sebaliknya. Agar tidak menjadi bias, kita bercadang untuk memilih di bahagian tengah, yang jatuh tepat pada bahagian perut.

Advertisement

Tapi apakah hubungannya memiliki otot perut yang kuat dengan peningkatan kehidupan seks anda? Anda tentu pernah mendengar ungkapan bahawa “bukan ukuran, melainkan bagaimana anda menggunakannya”, bukan ? Nah, bahagian tubuh anda yang boleh membantu anda untuk melakukannya dengan lebih baik adalah otot 6 pack anda.

1. Stamina – bagaimanakah stamina anda meningkat dengan memiliki perut 6 pack? Ini adalah kerana fakta bahawa kekuatan penetrasi yang anda hasilkan selama berhubungan seks dengan penuh ghairah adalah berasal dari bahagian perut anda dan bukannya datang dari kaki anda. Pergerakan ketika penetrasi banyak menggunakan otot abdomen terutama ketika anda mendayung.

Memiliki bahagian punggung bawah dan perut yang kuat juga boleh membantu tubuh anda untuk kekal berada dalam keadaan stabil dalam setiap posisi yang berbeza dan membantu menjaga daya tahan anda, yang juga penting untuk kemudahan pasangan anda.

2. Ereksi yang lebih baik – Memiliki six pack juga bererti bahawa tubuh anda berada dalam keadaan sangat baik, yang bermaksud bahawa jantung anda juga mampu untuk mengepam darah ke seluruh tubuh secara efisyen dan lancar. Hal ini penting untuk mendapatkan ereksi yang lebih baik dan mencegah beberapa jenis masalah mati pucuk.

Makanan berlemak yang menyumbat arteri tidak memilih untuk menyumbat arteri, melainkan sehingga mereka memilih sama antara arteri yang menghala ke jantung dan otak atau yang menghala ke alat kelamin Anda. Jadi sistem yang lebih bersih pada umumnya bererti ereksi yang lebih tahan lama dan lebih kuat.

3. Panjang – Lemak yang berkumpul di dasar perut anda sebenarnya mampu untuk menutupi pangkal zakar anda terutamanya jika anda memiliki lebihan lemak. Jadi meskipun sudah mendapatkan six pack tidak bereti zakar anda menjadi lebih panjang, itu hanya memberikan zakar anda kesempatan untuk mempamerkan kesemuanya dan kelihatan seolah lebih panjang.

Ereksi yang kuat sebenarnya memerlukan peredaran darah yang lancar ke bahagian tersebut, dan dengan gaya hidup yang sihat, pengamalan diet sihat dan senaman yang teratur, ia boleh membuatkan sistem tubuh anda juga berjalan dengan lancar.

Namun, dalam keadaan sekarang yang penuh persaingan di dunia pekerjaan, cara hidup dan rutin pemakanan sihat kadangkala seringkali terabai.

Jika ini yang terjadi kepada anda, tidak ada salahnya mengambil suplemen yang membantu untuk jantung anda. Suplemen yang kandungannya berasaskan herba, elok bagi jantung, bahkan juga selamat bagi pesakit diabetes juga.

Advertisement