Ini Dia Beberapa Kelebihan Yang Ada Pada Lelaki Yang Memiliki Bulu Dada


- 11 Jan 17
View 3,318 : Today 1

Ada suatu ketika di mana pada masa itu begitu ramai wanita yang tergila-gilakan lelaki yang memiliki bulu dada. Paling ketara sekali sewaktu demam filem Hindustan melanda, wah semakin galak pula wanita-wanita di luar sana yang mencari jejaka berdarah Pakistan kerana gilakan pada bulu dada yang mereka miliki.

Advertisement

Ramai wanita mengatakan lelaki yang memiliki bulu dada ini adalah seksi dan mempunyai ciri maskulin yang sejati. Tidak kurang juga wanita yang kurang menggemari lelaki yang memilik bulu dada kerana geli. Macam-macam tanggapanlah ada!

Namun tahukah anda bahawa memiliki bulu dada ini banyak kelebihannya? Berikut adalah kelebihan lelaki yang memiliki bulu dada.

1. Sukar untuk berpeluh

Kenapa lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan sukar untuk berpeluh, walaupun mereka juga manusia biasa? Ini kerana, bulu dada telah menyerap peluh melalui sistem osmosis oasis. Oleh itu walaupun ketika itu mereka benar-benar berpeluh, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya telah pun diserap oleh bulu dada mereka.

2. Tidak dijangkiti kurap @ panau

Kulit lelaki yang dilindungi oleh bulu dada ini boleh menyebabkan lelaki itu tidak akan sama sekali dijangkiti apa-apa penyakit yang berkaitan dengan kulit. Sebagai bukti, cuba anda lihat pada bahagian tubuh anda yang ditumbuhi bulu. Sebagai contoh bahagian ketiak, tiada bukan?

3. Nampak kejantanan

Mereka yang memiliki bulu dada ini jelas terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya akan dimiliki oleh lelaki sahaja. Namun begitu adalah mustahil jika terdapat perempuan yang memiliki bulu dada yang selebat bulu dada lelaki, jika ya ia bermaksud perempuan itu adalah sotong. Sotong bermaksud lelaki yang lembut a.k.a pondan.

4. Pelindung kepada wanita

Lelaki yang memiliki bulu dada ini sering dikatakan boleh menjadi pelindung kepada wanita. Ramai perempuan di luar sana yang menggemari lelaki yang memiliki dada berbulu kerana mereka menganggap bulu dada lelaki itu boleh memberi kasih sayang yang diinginkan. Ada juga yang beranggapan bulu dada boleh membawa rezeki.

5. Memiliki ciri romeo

Jika anda jenis yang sering menonton drama dari Amerika Latin anda tentu perasan kebanyakan lelaki di dalam drama tersebut memilik bulu dada yang lebat. Mereka juga mempunyai ciri-ciri lelaki romeo iaitu suka memasang ramai teman wanita. Tapi di Malaysia tak semua begitu rasanya.

Diharapkan perkongsian di atas mampu untuk membantu anda terutama jika anda adalah jenis lelaki yang mempunyai bulu dada. Tentu anda kadangkala sering digelar serigala jadian ataupun “beast” tapi apa salahnya. Bukankah mempunyai bulu dada itu salah satu ciri lelaki tulen yang dikatakan seksi oleh sesetengah wanita?

Advertisement