Kewujudan Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki Masa Kini


- 11 Jan 17
View 1,091 : Today 1

Kalau dulu jika mendengar perkataan metroseksual ia sememangnya amat sinonim dengan lelaki moden yang merujuk kepada mereka yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk kelihatan lebih bergaya dan tampak kacak di khalayak orang ramai. Kiranya metroseksual ini agak gilakan soal penampilan di hadapan orang ramai.

Advertisement

Golongan seperti ini adalah dari mereka yang kadangkala memiliki pendapatan yang agak lumayan dan menetap di bandar. Golongan seperti ini tahun demi tahun didapati semakin meningkat dan tidak hairanlah semakin ramai golongan metroseksual kini.

Budaya Spornoseksual Cetus Fenomena

Pada tahun ini pula muncul pula istilah baru yang digelar sebagai spornoseksual yang khusus untuk lelaki. Perkataan tersebut yang menggabungkan perkataan ‘sport’ dan ‘porno’ yang dikatakan merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang terlalu obses dengan berselfi sambil menayangkan badan mereka di laman sosial.

Perkataan yang ditujukan khas untuk lelaki ini selalu akan ada perkataan ‘seks’. Tiada perkataan lain yang sesuai agaknya untuk merujuk kepada golongan Adam sehingga menggunakan perkataan seks. Kadangkala kami yang Kaum Adam ini pula sentap bila selalu dikaitkan dengan perkara begitu.

Kebanyakkan mereka ini yang sangat gemar bergambar terutamanya ketika berada di dalam gym malah mereka juga sering dilihat selalu mengenakan singlet, baju V dan tidak berbaju. Kononnya nak tayang kepada orang ramai betapa seksi dan sadonya tubuh mereka, besar kemungkinan.

Kaitan Selfie Dan Spornoseksual

Selfie pula adalah istilah yang mulcul buat pertama kalinya dalam satu kemaskini forum di Australia pada tahun 2002.  Perkataan selfie menjadi sangat popular terutamanya ketika pada tahun 2013 malah dalam instagram sahaja, perkataan selfie yang dimasukkan dalam hastag yang bilangannya kini mencecah hampir 162 juta pos.

Bukan sahaja model malah kini pelakon lelaki pada abad ini juga sudah mula menitik berat dalam menjaga dan membina badan yang cantik dan ini dapat dilihat melalui pelakon dari India seperti Shah Rukh Khan dan Amir Khan manakala Malaysia pula iaitu Norman hakim,  Fattah Amin dan lain-lain..

Mereka yang digelar spornoseksual ini sanggup berhabis duit, waktu dan tenaga demi mendapatkan bentuk tubuh badan yang cantik dan mantap agar bergaya untuk dipamerkan. Tubuh badan yang berketul-ketul manakala rambut, kumis dan jambang pula dikemas dengan rapi untuk menonjolkan sisi maskulin yang mampu mencairkan hati wanita.

Baik Buruk Budaya Spornoseksual

Walaupun aktiviti ini mampu untuk menyihatkan badan dan memberikan keyakinan yang tinggi malah memberikan impak yang positif dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya namun ada juga sisi negatif dari aktiviti tersebut.

Dari segi negatifnya pula, budaya seperti ini lebih kelihatan seperti menggalakkan sifat bermegah diri dan obsesi diri dan ini tidak bagus malah menyerlahkan sisi bongkak seseorang lelak yang tidak digalakkan dalam mana-mana agama sekalipun.

Ramai yang memberi tanggapan buruk juga dengan menganggap budaya seperti ini adalah untuk golongan lelaki berstatus gay. Terpulang kepada anggapan orang ramai terhadap budaya seperti ini namun tak semua antara mereka yang mengamalkan budaya seperti ini adalah gay.

Kesimpulan

Setakat ini di kalangan rakan-rakan admin sendiri belum pernah lagi yang mengamalkan budaya spornoseksual ini yang dikatakan semakin menular di seluruh dunia.

Budaya spornoseksual seperti ini sememangnya terbukti ada baik dan buruknya bergantung kepada persepsi orang sekeliling dan niat seseorang. Sama ada ia adalah dengan tujuan untuk sekadar bersuka-suka, memberikan motivasi kepada orang lain atau membangga diri dengan badan yang ada.

Advertisement