Sex

Berikut Adalah Antara Sebab Mengapa Lelaki Sering Menolak ‘Ajakan’ Isteri

View 1,663 : Today 1

Mungkin sukar untuk anda percayai tetapi ada masanya lelaki juga akan mengatakan tidak untuk seks. Tapi itulah kenyataannya walaupun pahit untuk ditelan. Mungkin anda sebagai suami juga mempunyai masalah yang sama, menyebabkan hubungan anda dan isteri dingin. Kadangkala bila si isteri tengah on, lelaki yang tetiba pula off.

Bayangkan yang anda selalunya akan meminta-minta dari isteri ketika si dia sibuk ataupun tiada mood dan kini apabila dia sudah mula menunjukkan minat, anda pula yang jual mahal. Susah jawapnya takut rumahtangga anda nanti yang akan bermasalah.

Oleh itu mari kita bongkar apakah masalah yang menyebabkan lelaki kadangkala menolak ajakan untuk berhubungan seks dengan isteri.

1. Suami bad mood

Kadangkala kaum lelaki sememangnya akan mengalami mood yang tidak baik terutamanya sebaik sahaja pulang dari kerja. Pelbagai masalah yang kemungkinan dihadapi samada pertelingkahan engan rakan sekerja ataupun tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan mahupun suasana bekerja yang dialaminya ketika itu.

2. Kemurungan

Menurut kajian juga, ‘pembunuh’ utama nafsu seks lelaki adalah masalah kemurungan. Perhatikan jika terdapat kemungkinan ada sesuatu yang merunsingkannya atau mengganggu perasaannya ketika itu. Cuba tarik nafas dan bertenang seketika sebelum bersemuka dengan isteri anda dan sebaiknya berkomunikasilah dengan isteri dan luahkan apa yang terpendam di hati.

3. Menopaus

Setelah seseorang lelaki itu mencecah ataupun melepasi umur 40 tahun, testosteron yang dihasilkan oleh mereka akan mulai berkurangan. Lelaki di dalam lingkungan umur ini memiliki kemungkinan besar untuk mengatakan tidak kepada seks kerana mereka sedang melalui proses menopaus. Sebagai isteri pula anda perlu beri masa kepadanya dan jangan begitu memaksa.

4. Gila Kerja

Suami yang kerap pulang lewat akibat kerja yang tidak pernah habis di pejabat akan kerap mengatakan tidak kepada seks. Kepenatan boleh membuatkan pasangan hilang minat untuk berhubungan seks dan hanya ingin berehat. Walaupun pada hujung minggu, si suami masih lagi bergelut dengan soal kerja dan tekanan ini boleh sedikit sebanyak membunuh nafsu seksnya.

5. Isteri yang Terlalu Gopoh

Ketika suami baru menghilangkan penat sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, janganlah si isteri pula tiba-tiba menggodanya kerana masanya sangat tidak sesuai dan kelihatan terburu-buru. Jangan terlalu gopoh kerana nafsu seks pasangan anda akan mati dengan serta-merta dan pasti akan mengecewakan anda juga apabila si dia mengatakan tidak.

Cuba berbincang dengannya mengenai hal ini. Kalau boleh anda harus merancangnya dengan teliti untuk manfaat anda bersama. Mungkin anda berdua perlu bercuti jauh untuk mengalihkan perhatiannya daripada kerja. Ataupun luang masa bersama dengan mengambil cuti untuk melakukan aktiviti secara bergotong-royong. Seks yang hebat adalah bertunjangkan kepada perasaan saling percaya dan memahami antara satu dengan yang lain.

Click to comment
To Top