8 Sebab Mengapa Suami ‘Wajib’ Penuhi Ajakan Isteri Menghadiri Majlis Perkahwinan


- 11 Jan 17
View 258 : Today 1

Sesetengah orang, khususnya kaum lelaki kurang gemar menghadiri majlis keramaian seperti resepsi perkahwinan.

Advertisement

Si isteri pula suka mengajak suami menjadi teman kepada setiap undangan majlis perkahwinan yang diterima.

Situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat kita, sehingga kadang-kadang mewujudkan perbalahan diantara suami isteri.

Tapi, tahukah anda betapa besarnya impak memenuhi permintaan isteri untuk ke majlis perkahwinan?

Lebih-lebih lagi jika pengantin mempunyai pertalian keluarga (walaupun saudara jauh) dengan isteri.

Khas untuk pasangan yang baru berkahwin, bacalah panduan ini untuk melayari alam rumahtangga dengan lebih harmoni!

Saat Bahagia Seorang Wanita

Biar Isteri Tentukan Pakaian!

Peluang Dapatkan Pahala Bersama!

 

Apa-apa pun, hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar’ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim.

Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu.

Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya.

Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Ada terdengar dalam kuliah ustaz Azhar Idrus, memenuhi jemputan sekadar pergi makan, lepas tu balik.

Tetapi, jika kita ikut sekali majlis tarian, bergambar dalam keadaan si pengantin perempuan tidak tutup aurat dengan sempurna, atau tabarruj secara berlebihan, maka kita turut berdosa.

Jadi, tak ada salahnya kalau anda menemani pasangan anda kan asalkan tidak lari dari batasan agama.

Advertisement