Tanda-Tanda Untuk Mengetahui Jika Orang Lelaki Itu Kuat Beronani

Lelaki dan onani sememangnya tidak boleh untuk dipisahkan kerana ia merupakan tabii seorang lelaki terutamanya kepada yang tinggi libido seks mereka. Lebih-lebih lagi jika seorang lelaki itu dibiarkan berseorangan di dalam bilik maka tentu sekali aktiviti ini yang menjadi kegiatannya ketika itu.

Sememangnya diketahui aktiviti ini adalah tidak berfaedah dan tidak bermoral jika difikirkan. Adalah lebih baik menggunakan saluran yang baik dan halal untuk memuaskan nafsu samada berkahwin. Ia boleh menyebabkan anda mengalami mati pucuk dan pelbagai penyakit berkenaan sistem pembiakan anda apabila semakin meningkat usia.

Jika anda ingin melihat samada lelaki itu kuat melancap atau tidak, anda boleh lihat tanda-tandanya seperti di bawah ini :

  1. Lelaki yang kuat melancap ini selalunya mempunyai kurang keyakinan diri. Mereka kurang yakin dengan diri sendiri kerana kerap berasa takut jika perbuatan melancap mereka diketahui oleh orang lain.
  2. Ketagihan kepada bahan-bahan bercorak porno seperti cerita porno atau lucah, gambar porno dan video porno. Ketagihan kepada bahan porno adalah salah satu tanda-tanda lelaki yang kuat melancap yang paling jelas sekali.
  3. Lelaki tersebut juga suka memandang tubuh badan wanita berbanding muka dan bahagian lain. Ini kerana apabila mereka melancap, mereka akan menggunakan imaginasi tersebut untuk membayangkan tubuh badan wanita.
  4. Jadi tanda lelaki yang kuat melancap adalah mereka akan memandang badan wanita terutama payudara dan pinggul terlebih dahulu berbanding bahagian lain.
  5. Mereka ini juga sangat meminati wanita terutamanya jenis yang mempunyai bentuk payudara yang besar dan pinggul yang besar kerana ia mengghairahkan mereka pada tahap maksima.
  6. Lelaki seperti ini juga cukup mementingkan diri sendiri. Orang yang kuat melancap ini biasanya akan mempunyai rasa cinta pada diri sendiri yang kemungkinan lebih ekstrem berbanding orang lain.
  7. Matanya juga akan sentiasa kelihatan kuyu dan tidak bermaya. Malah mereka ini juga akan sering dilihat berada dalam keadaan keletihan malah sering didapati tidur di waktu bekerja kerana aktiviti onani sememangnya meletihkan.
  8. Suka melayari internet sehingga lewat di tengah malam hingga ke subuh , kerana mereka begitu khuatir seandainya nanti kegiatannya bakal diketahui oleh orang lain jika dilakukan pada waktu siangnya.
  9. Bila komputer peribadi (PC) atau komputer riba (laptop)milik mereka ini sering di serang oleh virus teruk hingga selalu terpaksa di hantar ke kedai komputer untuk di ‘reformat’. Kan laman porno ni terdapat banyak virus yang tersembunyi.

Tanda-tanda lelaki yang kuat beronani ini sebenarnya adalah berbeza mengikut individu tersebut. Namun haruslah dihentikan untuk mengelakkan ketagihan kepada onani tersebut menjadi semakin teruk sehingga memudaratkan diri mereka sendiri. Ini kerana wanita tidak gemar pada lelaki seperti ini.

Walaupun telah banyak tanda yang admin kongsikan di atas sebagai panduan dan perkongsian bersama anda, namun sebenarnya masih terdapat banyak lagi tanda yang belum dapat diketahui. Namun asasnya adalah tetap sama iaitu mereka menggemari pada setiap perkara yang melibatkan hubungan seks.