3 Cara Untuk Menggoda Isteri Agar Tidur Bersama Dengan Lebih Kerap.

Bagaimanakah jika anda hendak menggoda isteri anda untuk melakukan hubungan seks lebih dari sekali seminggu? Rumit bukan persoalan ini sebab ramai suami sememangnya mendambakan perkara ini malangnya sering menemui kegagalan.

Advertisement

Kehendak seks wanita ini selalunya berbeza dengan seorang lelaki. Lelaki boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja terutamanya nafsunya di rangsang. Nafsu lelaki ini pula mudah terangsang jika seorang wanita yang cantik menggodanya, tambahan lagi jika wanita tersebut berbogel.

Berbeza pula dengan wanita, wanita ini tidak mudah terangsang walaupun terdapat seorang lelaki yang kacak berbogel di hadapannya.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk menggoda isteri anda? Berikut adalah tiga teknik sesuai untuk menggoda isteri anda.

1. Menggoda isteri dengan percakapan.

Mulakan segalanya dengan kata-kata romantik dan puji-pujian terhadap isteri anda. Jika anda berkeinginan untuk berhubungan seks pada malam hari, anda perlu menggoda isteri anda mulai dari pagi lagi. Bisikkan pada telinga isteri anda dengan kata-kata cinta dan pujian. Gunakan nada rendah irama untuk mengatakannya.

2. Memegang mesra isteri anda.

Sentiasa memberikan isteri anda pelukan yang hangat lagi mesra. Berikan kejutan seperti memeluk dari belakang, kemudian memberikan ciuman pada rambut dan tengkuk isteri anda. Sentiasa meraba isteri seperti ketika sedang berjalan ke dapur. Tak perlu malu untuk menggedik dengan isteri anda kerana kini perhubungan anda halal.

3. Memandang dengan penuh rasa cinta.

Tidak kiralah sudah berapa lama perkahwinan anda bersama pasangan, isteri anda masih lagi tidak boleh melawan terutamanya jika anda memandang tepat pada matanya. Mereka akan mudah tergoda dengan lelaki yang mereka cintai. Gunakan masa terluang bersama untuk bermain mata dengan isteri anda.

Jadi, apabila anda sudah pun bermula atau sentiasa mempraktikkan untuk menggoda isteri anda, isteri anda juga kemungkinan akan berasa lebih sayang pada anda. Apabila bertambah sayang, maka peluang anda untuk bersetubuh mungkin adalah menjadi lebih tinggi. Suami dah pandai menggoda apa lagi isteri pun tentu dari off akan on pula kan?

Isteri anda ini perlu digoda untuk mengajak mereka bersetubuh. Isteri lebih gembira apabila selalu digoda kerana mereka akan berasa dihargai dan mungkin mereka pula yang akan menggesel-gesel dengan anda untuk melakukan hubungan seks. Sikap isteri yang dingin ini sebenarnya boleh diubah dengan cara menggoda mereka.

Advertisement