5 Tips Menarik Yang Boleh Dicuba Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

Kemungkinan untuk mendapatkan anak lelaki ini sebenarnya tidak tentu tetapi kita haruslah bersyukur dengan apa sahaja yang telah dianugerahkan kepada kita tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi belum memiliki rezeki untuk memiliki anak maka kita dianggap sangat bernasib baik.

Namun kini terdapat pelbagai kaedah dan petua yang diwariskan dari dahulu hingga kini tentang kaedah untuk mendapatkan anak lelaki walaupun belum diketahui kesahihannya. Kerana segala yang dikurniakan kepada kita adalah mengikut rezeki yang telah ditentukan.

Berikut adalah kaedah-kaedah menarik yang anda harus cuba untuk mendapatkan anak lelaki dalam bentuk pemakanan.

Tips 1 : Mengamalkan Pre-Conception Gender Diet

Diet ini diterbitkan dalam tahun 1982, di mana wanita yang sangat menginginkan anak lelaki adalah digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan khasiat nutrien dari potassium dan sodium. Misalnya daging, ikan, sosej, jem, madu, buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan pasta.

Para saintis yang terlibat dalam kajian ini juga turut mencadangkan agar mereka yang ingin untuk memulakan diet ini untuk bermula seawal tiga bulan sebelum mencuba untuk hamil.

Tips 2 : Makan bijirin ketika sarapan dikatakan akan meningkatkan peluang untuk mendapat anak lelaki

Dalam kajian ini pula, 740 orang wanita yang telah berjaya melahirkan anak di tanya, apakah makanan yang telah di ambil oleh mereka pada setiap hari. Jawapannya, mereka mengambil makanan dalam bentuk bijirin dan didapati mereka yang mengambil bijirin dan makanan yang tinggi potassium ketika bersarapan berjaya untuk melahirkan lebih ramai bayi lelaki.

Tips 3 : Isteri memakan makanan beralkali untuk mendapatkan bayi lelaki

Ini juga telah menjadi suatu topik hangat suatu masa dahulu di mana, wanita yang inginkan bayi lelaki perlu untuk mengamalkan makanan seperti sayur, buah-buahan, susu, bijirin, nasi, pasta TETAPI perlu untuk mengelakkan pengambilan daging, ayam dan makanan laut kerana makanan sebegini dikatakan berasid.

Tips 4 : Bayi lelaki lebih kerap dilahirkan oleh wanita yang memakan makanan berkalori tinggi

Ada kajian pula yang mendapati bahawa wanita yang mengamalkan konsep pemakanan makanan yang berkalori tinggi adalah dikatakan lebih kerap untuk mengandungkan bayi lelaki. Namun ia masih lagi samar-samar kerana kaedah ini jarang diamalkan oleh masyarakat kita ketika ini. Namun tidak salah jika anda ingin mencuba.

Tips 5 : Gunakan kaedah bayi tabung uji (IVF) dan preimplantion genetic diagnosis (PGD)

Cara ini di katakan, akan memberikan keputusan yang lebih hampir kepada tepat 100 peratus. Namun begitu terdapat had kepada penggunaan kaedah ini kerana ia adalah sangat mahal. Kemungkinan pasangan yang lebih berkemampuan sahaja yang mampu untuk menggunakan kaedah ini bagi tujuan tersebut.

Akan tetapi apa sahaja hasilnya tidak perlulah untuk anda gusarkan. Bayi lelaki atau perempuan pun anda terimalah dengan redha. Apa yang lebih penting adalah kita panjatkan doa agar dikurniakan jantina anak yang kita mahukan. Mencuba tidak salah tapi janganlah kita terlalu beria-ria kerana terlalu berharap nanti boleh menyebabkan anda berputus asa sekiranya gagal.