Bila Masanya Apabila Isteri Berahi Dan Mahukan Seks Bersama Suami

Meskipun mereka sedang bernafsu untuk berhubungan seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup untuk meluahkan hasrat tersebut kepada suami mereka. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita ini yang seringkali menyebabkan mereka redha mengharapkan suami agar mereka faham-faham sendiri kehendak ini.

Advertisement

Namun realitinya, sungguhpun mereka ini sudah lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih lagi gagal untuk meneka waktu bila isteri inginkan kepada hubungan seks. Awas para suami, jika anda bijak mengendalikannya, anda pasti mampu untuk mendapatkan ses yang hangat dengan pasangan anda.

Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak di bawah untuk mengetahui bilakah situasinya isteri anda menginginkan hubungan seks.

1. Bila Berjauhan Dengan Pasangan

Seringkali terjadi apabila suami meninggalkan isteri untuk bekerja di luar daerah pada tempoh yang agak lama, maka pada masa tidur di ranjang bersendirianlah nafsu ghairah isteri akan bangkit untuk seks. Ketika ini isteri akan teringatkan waktu sedang bermesra dengan suami, dan seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks bergelora.

2. Semasa Waktu Subur

Setiap wanita mempunyai waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Maka pada waktu subur atau ovulasi itulah, nafsu wanita terhadap seks akan meningkat dengan mendadak. Malah mereka teransang walaupun tanpa stimulasi, atau mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara dengannya.

3. Selepas Berlaku Pertengkaran

Seks memang selalu dikatakan sebagai penyudah kepada setiap pertengkaran antara suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan akan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yg lebih diinginkan oleh isteri selain daripada belaian dan pujukan oleh pasangannya.

4. Sewaktu Sedang Tertekan

Memang telah diketahui umum bagaimana seks mampu meredakan tekanan. Jadi apabila melihat isteri sedang berada dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin boleh membantu untuk dirinya berasa lebih relaks.Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yg diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan.

5. Menerima Berita Gembira

Kemungkinan ini adalah merupakan masa terbaik untuk mendapatkan seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua mungkin memberikan mood yang baik buat seorang isteri. Suami mungkin tiada masalah untuk mendampingi isteri ketika ini. Ajakan untuk melakukan seks sudah tentu tidak akan ditolak.

6. Ketika Sedang Berimaginasi

Bukan lelaki sahaja yang sering berfantasi tentang seks, malah kaum wanita juga mempunyai imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka bukanlah sesuatu yang ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang layanan romantik dan belaian manja oleh suami mereka.

Begitulah situasi yang boleh menyebabkan sang isteri berasa sentiasa berahi dan inginkan seks. Semoga perkongsian ini boleh membantu suami di luar sana untuk mendapatkan seks yang lebih baik serta memuaskan. Dengan pengetahuan ini semoga anda lebih mahir selepas ini untuk meransang dan menggoda isteri anda ke kamar tidur.

Advertisement