Tips Panas Untuk Isteri Menggoda Suami Ke Ranjang

Seorang suami tentu amat sukakan isteri yang gemar mengambil inisiatif untuk memulakan aktiviti seksual seperti menggoda dan mengajak mereka ke bilik tidur. Selalunya suami sahaja yang memulakan mukadimah dalam bab-bab menggoda ni. Kali ini bukankah lebih baik jika tugas tersebut digalas sekali sekala oleh kaum isteri pula?

Suami terutamanya yang pulang lewat setelah bekerja kemungkinan mempunyai kurang minat untuk melakukan seks namun jika pasangan tidak mengambil inisiatif, apa pun tidak akan terjadi dan menjadikan rumahtangga anda kelihatan hambar.

Berikut adalah antara tips yang boleh para suami kongsikan bersama pasangan untuk dilakukan bagi menarik anda ke ranjang.

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan beberapa aksi yang berlainan malah mendebarkan. Pasangan mungkin boleh mencuba untuk membuka pakaian secara perlahan-lahan, mulakan dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Rapatkan dada pasangan ke dada suami dan dakaplah suami dengan dakapan penuh nafsu. Kalau boleh biarkanlah tangan isteri tersebut merayap ke seluruh tubuh suami dengan rakus seolah-olah ingin melakukan eksplorasi.

3) Biarkan rambut isteri terkena tubuhnya. Belaian rambut isteri memiliki kemungkinan untuk membangkitkan ghairah suami. Jangan lupa untuk menyuruh pasangan anda untuk turut membelai rambut, misai atau bulu dada anda jika ada.

4) Biarkan isteri anda untuk melakukan gigitan manja pada tubuh anda. Gigitan ini kemungkinan boleh merangsang keinginan seks seorang suami. Selain itu, suami juga akan mengingati isteri mereka setiap kali mereka melihat kesan bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam mereka di tempat tidur kerana suami sering akan bangkit ghairah terutamanya apabila melihat benda-benda itu.

6) Tataplah mata suami dengan pandangan yang mempesonakan. Apabila seorang wanita merenung suami mereka dengan cara menggoda, ia akan menjadi lebih mudah untuk membuat mereka tergoda untuk bersama dengan pasangan.

7) Berikan usapan-usapan manja pada bahagian tubuh suami dengan mesra menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher. Ketika bercinta, usapan-usapan ini mampu untuk menaikkan keghairahan suami dengan serta-merta.

8) Cuba elakkan dari menyentuh bahagian kelemahan tubuh suami. Berikan lebih tumpuan pada bahagian lain yang benar-benar digemari oleh kaum lelaki terutamanya seperti bahagian dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali itu para isteri ambillah inisiatif dengan memakai pakaian dalam yang jarang dan menampakkan bentuk tubuh yang seksi ataupun cuba untuk memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan demi menarik perhatian suami.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, goda suami dengan memakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri sedang berpakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hendak berhubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman pada tubuh pasangan juga penting untuk membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh memberikan keseronokan pada suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya. Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

Di atas adalah antara tips-tips yang boleh dilakukan oleh para isteri untuk menarik suami ke ranjang. Maka kaum suami yang membaca bolehlah kongsikan dengan isteri anda ya? Jangan malu-malu untuk meminta. Yang paling penting adalah apabila kedua-dua mendapatkan kenikmatan bersama tanpa selisih faham.

Bagi yang belum berkahwin, jangan sesekali mencubanya. Zina akan merosakkan ketururan anda. Hubungan suami isteri merupakan satu kenikmatan yang dikurniakan Tuhan kepada manusia untuk berseronok-seronok dengan pasangannya di dunia.