Apa Yang Sebenarnya Suami Inginkan Ketika Hubungan Intim


- 17 Jan 17
View 3,843 : Today 1

Persoalan tentang apa yang kemungkinan diingini oleh seorang lelaki selalu akan menjadi tanda tanya buat isteri anda. Sebenarnya ia penting untuk isteri anda sekurang-kurangnya mengambil tahu apakah yang diinginkan oleh suami ketika di ranjang agar masa bersama menjadi lebih berharga untuk anda berdua.

Advertisement

Selain itu, dengan memenuhi keinginan suami, pasangan juga dapat menjadikan perhubungan tersebut lebih mesra dan berpeluang untuk memuaskan satu sama lain mengikut kehendak masing-masing dengan cara yang lebih sempurna. Kata orang ini adalah win-win situation kepada suami dan juga isteri!

Di sini kami menemui beberapa perkara yang diingini oleh suami ketika sesi hubungan seks bersama isteri agar kepuasan dapat dicapai:

1. Pakaian Dalam Yang Seksi

Tidak salah untuk isteri pergi membeli belah sekali sekala untuk mendapatkan pakaian dalam yang akan menimbulkan keterujaan buat suami tercinta. Lelaki dikatakan mudah terangsang dengan elemen seksi, lebih-lebih lagi jika si isteri memakai pakaian dalam di hadapannya. Kini terdapat pelbagai pilihan yang boleh didapati jadi manfaatkanlah peluang ini.

2. Isteri Ambil Inisiatif

Suami juga lebih gemar untuk memulakan hubungan intim walaupun ketika itu si isteri tidak berada dalam mood yang sama. Tetapi ia boeh menjadi suatu penghargaan buat mereka jika si isteri boleh menunjukkan semangat ketika bersama dalam menjalin hubungan seks dan tentu sekali lebih teruja jika isteri mereka yang memulakannya.

3. Foreplay

Hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara automatik. Pastinya ia juga memerlukan permulaan berbentuk sentuhan, belaian dan cumbuan mesra terlebih dahulu sebelum anda beralih ke peringkat seterusnya. Jadi, bergurau sendalah untuk bermesra serta bermanja terlebih dahulu sebagai mukadimah cinta.

4. Spontan

Lelaki ini lebih menggemari kepada aksi yang lebih spontan bersama pasangan kerana mereka bukanlah orang yang jenis ‘perfectionist’. Jadi, tidak perlu untuk si isteri merancang sesuatu di dalam hubungan seks itu kerana dikhuatiri nanti ia akan menjadi lebih kekok dan memberikan kurang kepuasan terhadap suami. 

5. Berani Mencuba Posisi Baru

Lelaki juga gemar untuk mencuba sesuatu yang baru ketika sesi hubungan seks ini. Lelaki ini pantang dicabar jadi sekali tewas mesti ingin mencuba posisi yang lebih mencabar pula. Mereka sering berharap andainya mereka inginkan posisi yang baru ini maka si isteri akan lebih terbuka dengan cadangan itu.

Oleh itu para suami boleh mengutarakan pendapat ini kepada isteri anda untuk mengetahui jika mereka terbuka untuk menerima tips ini. Boleh juga untuk anda kongsikan kepada mereka agar menjadi panduan untuk lebih bermotivasi dalam usaha memuaskan suami mereka ketika berhubungan seks.

Advertisement