4 Bahasa Tubuh Wanita Yang Mampu Untuk Membuat Lelaki Tergoda

Godaan dari wanita merupakan suatu perkara yang menjadi idaman setiap lelaki. Ia bagai suatu permainan kejar mengejar antara lelaki dan juga wanita secara umumnya. Tetapi adakah ia hanya terakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Bagaimana pula jika wanita itu meminati seseorang lelaki?

Apakah yang perlu dilakukan oleh wanita tersebut bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, kaum lelaki perlu memahami beberapa bahasa tubuh wanita untuk mengetahui jika mereka berminat dengan anda. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh mereka yang sangat menggoda.

Kita akan melihat apakah bahasa tubuh wanita yang perlu anda tahu untuk mengetahui jika mereka sedang menggoda anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut

Ini merupakan salah satu dari ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran dengan lelaki yang disukainya. Kepala akan digerakkan ke belakang sambil tangan akan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan si dia mengambil berat akan diri si jejaka.

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut

Bibir tebal tentunya akan nampak lebih menarik kerana ia adalah berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir akan menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik untuk digayakan oleh wanita. Ia mampu membuatkan nafsu lelaki tadi bergelora tatkala menatap wajahnya.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita sebenarnya mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding dengan kaum lelaki, membuatkan mereka lebih sensitif kepada sentuhan. Lelaki akan mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba diri mereka iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang dianggap sebagai seksi.

4. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah antara pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran seseorang wanita. Contohnya, apabila mereka mengusap keliling gelas minuman, kaum lelaki secara simboliknya akan cuba untuk memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

Jadi diharapkan tips yang diberikan di atas sudah cukup untuk membantu anda untuk mengetahui tentang bahasa-bahasa tubuh seksi yang sering ditunjukkan wanita. Dengan pengetahuan ini nanti lebih mudah untuk anda mengetahui jika seseorang wanita itu sedang menggoda anda atau tidak. Maka perhatikan setiap bahasa tubuh yang telah dibincangkan untuk sesi hari ini. Moga perkongsian ini boleh membantu.